Pages

Sahabat Katak Bulat Yang Sporting Habis

Wednesday 28 September 2011

Saham Junam??!

Asalamualaikum & Salam Sejahtera,
Salam 1Malaysia

Sahamku Jatuh
Korang pernah main saham tak??!

Atau tak tahu langsung??!

 'Binatang' apa saham tu??!

KB pun sebanarnya tak tahu pun apa benda binatang saham tu, hehehe, jangan marah ek.

Tapi, apa yang KB tahu, KB dah melabur dalam Amanah Saham Berhad aka ASB.
walaupun tak banyak, tapi ada la juga pulangannya, boleh la buat hantaran kahwin untuk 8 tahun kumpul..hehehe, merana la mana-mana awek yang tunggu KB ni...ayat macam la KB ni tinggi sahamnya, berparasantan sungguh kan..yaskkk

Apa-apa pun, sebenarnya KB nak bagitahu korang pasal nilai blog KB yang baru tercipta sehari yang lepas ni, usia baru dua hari, tapi nilai dah mencecah RM1,072.5.
Kalau tak percaya, ni katak bulat buktikan
|
|
|
V
Amek kau, besau gedabak KB letak dalam ni

wah, cayalah...walau tak mahal macam orang lain, tapi KB tetap berbangga tau....tunggu la lagi 3-4 bulan or mungkin setahun dua lagi, KB akan berjaya seperti bloger-bloger yang lain..yahooOOOooo

Kalau nilai ni la kan yang mahu terkeluar biji mata sepet KB ni
Mahu je belanja korang semua makan 'besau' hari-hari.hehehe

Mahu macam ni agaknya KB jadi kalau dapat duit macam ni

DUIT DUIT DUIT DUIT

Kalau nak tahu nilai blog korang dalam Ringgit Malaysia

p/s : Sahabat KB yang sorang tu boleh tahan mahalnye, dapat maklumat pasal perkara ni pun lepas skodeng blog dia



Tuesday 27 September 2011

Apa Dah Jadi??!


Asalamualaikum & Salam Sejahtera,
Salam 1Malaysia

Hai korang sumer, Katak Bulat A.K.A KB nak share sesuatu dengan korang ni, so, kalo rajin, baca-bacalah untuk tambah ilmu pengetahuan masing-masing.
KB hanya nak berkongsi je....

Pernah tak anda semua teringin nak pergi atau bercuti ke pusat-pusat peranginan yang cantik dan menarik seperti ini:-


-Suasana seperti berada di luar negara-

Mesti korang akan terbayang indahnya dunia kalau dapat pergi tempat yang macam ni dan seangkatan dengannya.

Kalau KB mesti la teringin, bohong la kalau tiada perasaan nak pergi kan, betul tak??!

Jadi, dengan kemudahan internet, wifi, bb, iphone, ipad dan lain-lain lagi, korang pon merajinkan diri untuk mencari maklumat ataupun merancang untuk pergi ketempat yang berkenaan.

Pemandangan diatas merupakan pemandangan kolam mandi yang terdapat di Tanjung Bidara Beach Resort.
Wahhh, dekat dah dengan rumah...

Korang pun terus la rancang untuk bercuti dengan keluarga dan bermalam di resort berkenaan.
Anak-anak dah besorak dah ni, isteri pula dah senyum lebar ala-ala Ronald Mc'Donald, cuti pun dah diluluskan oleh bos, jadi bermulalah detik-detik indah korang nak pergi bercuti dengan keluarga yang tersayang.

Sampai je dekat destinasi yang dituju, senyuman Ronald Mc'Donald tadi bertukar jadi senyuman ayam yang tertelan kapur (macam mana rupanye ek),
Sorakan anak-anak pula bertukar menjadi tangisan dan tanda tanya.
Terdetik dekat hati, biar betol??! Apa dah Jadi??!

Jadi, berbalik pada tajuk diatas, suasana indah seperti dalam syurga dunia tu dah bertukar jadi ala-ala macam ni :-
\/
|
|
|
|
|
|
|

V


Kolam yang anak-anak nak mandi jadi dah dikuasai jentik-jentik yang comel



Wakaf yang boleh jadi tempat lepak jadi tempat 'jin' berpesta

Perg....Macam-macam la ayat yang keluar dari mulut korang kan bila cuti yang dirancang jadi macam ni.

Itulah hakikatnya yang terjadi kepada Tanjung Bidara Beach Resort
Sebuah Resort yang terkemuka di Melaka suatu ketika dahulu dan telah dirasmikan oleh mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad pada tahun 1985.
KB pun belum wujud lagi didunia ni, tapi tempat ni dah wujud.

Sayangkan tempat yang cantik dan menarik boleh berakhir sedemikian.

Tapi jangan risau, setelah tiga tahun terbiar tanpa sebarang penjagaan, sampai rumput naik, berjuta-juta nyamuk dah lahir dari kolam tu, dah macam-macam jenis 'mat pit' yang singgah bersarang, katak-katak yang berkeluarga dekat situ KB tak tahu ada ke tidak.
Insyaallah menjelang hujung tahun 2011 ni, dibawah pengurusan baru, Selangor Melaka Indonesia (SMI) Malaysia Sdn. Bhd., tempat ni akan jadi seperti tempat yang baru, mungkin lebih cantik dan dabomb dari dulu.
Sama-sama kita berdoa moga tempat yang cantik dan berpotensi yang tinggi untuk menggalakkan kehadiran pelancong di negeri ini akan beroperasi seperti sedia kala.

-Tamat-

Eh, dah macam buat berita dekat MHI lak (^^,)
siap promot lagi, Buka Tempurung kalau nak baca berita-berita yang pernah KB buat dalam tu.


psst: KB pun tak tahu tempat ni jadi macam ni walaupun duduk dalam Melaka
Ada juga kelebihan pergi 'asigment' pagi ni, dapat maklumat baru.

*Tapi ada seorang kawan KB lagi dasyat, nama jek duduk dan bekerja di Melaka,
Tapi tak pernah sampai Perigi Hang Tuah dan tak tahu langsung pasal Jonker Walk,

Terbahak-bahak KB bila dia buat pengakuan tu.

Jangan risau yek orang yang berkenaan, bila ada masa terluang, KB bawa awak jalan kat situ sebagai tanda terima kasih sebab buatkan blog yang baru untuk KB menceritakan pandangan KB di Dunia Bawah Tempurung.

Pesanan untuk orang yang berkenaan :- KB tak dapat janjikan apa-apa untuk anda, tapi kalau ada peluang, nanti kita jalan-jalan ditempat yang disebutkan tadi + coffe sama-sama ek. Tu pun kalau awak sudi.

psst sekali lagi:- kene tarharu tau wahai insan yang berkenaan??!

Katak Bawah Tempurung




"Katak Di Bawah Tempurung"

Mungkin korang tertanya-tanya, apa yang aku nak sampaikan kali ni, tapi kalo korang tak nak amik tahu pon takpe, saje buang masa aku sendiri untuk kongsi pada mereka yang nak berkongsi

Entry aku kali ni nak cakap pasal Katak Di Bawah Tempurung, dan kebetulan nak kaitkan dengan nama blog aku, 'Dunia Bawah Tempurung'

Pepatah Melayu ni bermaksud:-
Orang yang cetek pengetahuannya
Contoh ayat:-
Mak Jemah seperti katak di bawah tempurung kerana dia langsung tidak mengetahui perkembangan dunia.

Persoalannya, masih relevent ke kalau kita nak gunaka pepatah ni pada zaman yang serba canggih lagi moden ni??? Korang mesti ada ipad, iphone, bb macam-macam lagi, tapi aku hanya mampu memili 3310 yang tahan lasak

Jom fikir sama-sama

Apa yang mamat ni fikir agaknya??!


Aku berpendapat, perkara ni bergantung kepada keadaan seseorang itu sendiri
Kalau orang yang macam aku ni, duduk kat 'Dunia Bawah Tempurung' , rasanya x relevent dah nak guna pepatah tu

Kenapa??!

Jawapannya senang je wahai adik-adik, abang-abang dan kakak-kakak sekalian
Ni dunia aku, aku punya suka la nak duduk dekat mana, lagipun aku tak menyusahkan orang lain kan? maaf kalau macam kasar ayat aku ni.

Walau aku duduk bawah tempurung skali pun, aku masih tahu pasal dunia luar, sebab tempurung aku ada utiliti yang cukup seperti internet, air, elektrik, dan telefon canggih kan?
PS2 pon ada kot, 'ketinggalan la mamat ni, mana orang main PS2 lagi'

Dengan menggunakan jari-jari melekit aku ni dah boleh tahu pasal dunia, guna aje search engine yang dah dicipta untuk kemudahan korang semua, so, apa masalahnya lagi kan??!

Kita ada google, yahoo, msn, dan made in malaysia, blue hyppo, aku tak pasti wujud lagi ke tak search engine yang berkonsepkan badak gemuk biru ni, tu pun kalau korang sedar akan kewujudannya

So, tak salah kan kalau aku duduk dalam tempurung..

Cuma, janganlah pula dah ada semua kemudahan tu, korang semua tak payah keluar rumah pula, ni satu kebodohan segelintir masyarakat kat dunia ni, tak campur orang lain, just duduk rumah, online, nampak gaya orang kampung tak kenal kau, kau pun tak kenal orang kampung

so, pandai-pandai la korang nak hidup bermasayarakat

psst: So far aku kurang gak bergaul dengan orang kampung, tapi masih lagi kenal orang kampung

NEW!!?...COOL!!!?



Assalamualaikum & Salam Sejahtera
Salam 1Malaysia

-Berwajah baru-
-Cool-
-Simple--
-Cantik-
Yang paling penting tema HIJAU
KB suka sangat dengan wajah baru DUNIA SI KATAK BULAT NI


Bukan KB nak puji diri sendiri atau bangga diri.
Tapi KB sungguh berbangga dengan hasil usaha sahabat baru KB yang baru kenal melalui FB atau nama panjangnya FACEBOOK atau Najwa Latif panggil MUKA BUKU.

Special Thanks to saudari Aien Not Alien kerana bersusah payah mecipta blog yang penuh bermakna pada KB.
ini adalah doodle dan header milik saudari Aien Not Alien
Nurulaien Roslan...macam mana, terpikat tak korang??!
Empunya diri pun boleh tahan comelnya, sesuai la dengan doodle dia tu
Mana-mana lelaki yang tidak berpunya lagi, nak cuba berkenalan dengan dia, silakanlah.
 Tapi KB tak pasti anda diterima sebagai calon atau tidak,
Yang pasti, insan yang diberi nama Nurulaien Roslan ni memang seorang yang mudah untuk berkawan dan tidak lokek ilmu untuk dikongsikan.
KB macam mana pulak????
KB tetap KB la, sahabat biar ramai, musuh jangan dicari.

Balik pada cerita yang asal, Blog ni semua hasil titik peluh dia yang tak tidur malam nak siapkan blog yang secomel ni (betul atau tidak KB tak pasti) tapi dalam masa yang singkat, sahabat KB ni mampu untuk siapkannya, temasuk aksesori sekali, dari layout, doodle, shout mix dan pelbagai lagi.

Kalau KB la kan, ambil masa seminggu rasanya nak siapkan blog comel ni



Kepada Nurulaien Roslan, KB ucapkan jutaan terima kasih kepada anda kerana banyak berjasa dengan KB. Insyallah, KB akan balas jasa anda dengan pakej bawa anda pergi perigi Hang Tuah + Coffe sama-sama seperti yang telah dipersetujui dalam MOU yang telah dimetri sehari yang lepas tanggal
 26 September 2011

Anyway, thanks for everything 
Suka Sangat dengan wajah baru blog KB
Ada Seekor Katak Hijau yang Comel berlatar, tulisan hijau yang menjadi warga kegemaran KB dan berlatar belakangkan warna hitam, salah saty warna kegemaran pencipta blog ni.

psst: Ini adalah 'special edition' entry yang ditujukan khas kepada Nurulaien Roslan atas usaha dia mencipta blog ni dan sebagai tanda terima kasih KB pada dia
Entry ini gak sebagai entry yang dibalas kembali atas entry  yang dibuat oleh Aien atau nama komersialnya Aien Not Alien a.k.a A.N.A utk KB dibawah tajuk 

Gambar Hiasan semata-mata
Kepada Aien Not Alien aka A.N.A, anda wajib terharu untuk kali kedua sebab KB pun dah terharu untuk kali keduanya


opss...lupa nak bagitahu, A.N.A ni juga merupakan insan yang pertama merasmikan blog ni dengan menjadi folower yang pertama dan orang pertama yang komen dalam shout mix...TAHNIAH A.N.A