Pages

Sahabat Katak Bulat Yang Sporting Habis

Friday 28 October 2011

Game : Jawab, Tanya dan Tag

Assalamualaikum & Salam Sejahtera.
Salam 1Malaysia

Kadang-kadang berpikir ala-ala steve dalam Blues Clues

Kali ini KB dapat jemputan daripada sahabat KB yang merangkap orang pertama yang menjadi follower Blog SI KATAK BULAT dan juga pereka blog yang comel ni : Aien Not Alien

Empunya diri meminta KB untuk menjawab soalan-soalan yang diberikan dengan penuh berdidikasi dan semangat kesukanan dan KB Jawab soalan yang diberikan berikutan KB dah menjadi mangsa dia..hehehe

Ni soalan-soalan yang diberikan oleh empunya diri yang bertanya

SOALAN :

1. Warna kegemaran anda? Kenapa pilih warna tu?
-Dari apa yang korang nampak dalam blog KB yang comel ni, sudah semestinya KB meminati warna hijau yang menjadi warna kesukaan KB untuk sekian lama.
Kenapa??!
-Sebabnya adalah hijau itu menawan dimata KB, comel tu, hijau sebab hijau boleh menenangkan dan menyejukkan pemandangan mata kita.

-Kalau korang pernah berkawad dan berdiri dalam perbarisan untuk jangka satu masa yang lama, ketua platun atau jurulatih korang pasti akan mengingatkan korang supaya jangan pandah kebawah tetapi pandanglah kehadapan dan pandang benda bewarna hijau seperti pokok-pokok ciptaan tuhan selain menggerakkan jari kaki dalam kasut yang membusukkan kaki anda.hehehe
Insyaallah korang tak akan pengsan ketika dalam barisan.

2. Kata peribahasa yang paling anda suka? Kenapa suka?
-'Mati Katak' sebab terselit nama KB dalam peribahasa tu. hahaha, mengarut jek mamat ni.

Kadang-kadang kawan-kawan selalu kenakan KB bila bergurau dengan mereka semua, bila diaorang agak-agak sakit hati jek dengan KB, mesti diaorang akan sebut perkataan ini

"Ada yang 'mati katak' sebab kene pukul dengan aku ni kang"
Bangga gak sebab orang selalu sebut nama KB.hehehe

3. Pernah buang sampah merata-rata? Jika ya, apa perasaan anda?
-Bohong la kalau KB tak pernah buat perkara yang tidak bermoral ni, rasa-rasanya semua orang yang kekurangan kasih sayang dan sivik akan melakukan perkara ni
-Apa yang dapat KB rasakan bila buang sampah merata-rata adalah tiada perasaan langsung...zalim tak. Yela, bila dah buang sampah dengan slumber jek, mana la ingat apa-apa, sah lah tiada apa-apa perasaan yang timbul. Takkan nak cakap yang KB bangga lak bila berjaya melakukan perkara takde sivil tu kan....Ada sikit kot.Hehehehe


4. Lagu kadang-kadang mewakili isi hati kita. Apakah lagu yang anda rasa mewakili isi hati anda?
-Derita Merindu -Ahli Fiqir
Mengapa KB cakap lagu ni, panjang ceritanya, tak payah la cerita kan cerita lama dan KB tak nak komen panjang pasal perkara tu, kalau korang pernah dengar lagu ni, liriknya simple tapi penuh dengan seribu maknya contonya rangkap pertama lagu ni:-

Kau katakan cinta gunakan akal
Bila aku gunakan, kau yang menyangkal
Bagaimana nak kekal
Kau katakan cinta gunakan minda
Bila aku gunakan, kau yang tak percaya
Bagaimana nak bahagia

Satu lagi lagu yang ada mewakili perasaan dan isi hati KB adalah Alasanmu - Exist. Penuh dengan makna yang tersendiri dan banyak lagi lagu-lagu yang pernah mewakili hati ni.

5. Siapakah jiran sebelah rumah anda? Ceritakan serba sedikit.
-Jiran sebelah rumah ek??? nak cerita panjang pun KB jenis tak campur dengan orang kampung sangat.
-So apa yang KB boleh kongsi dekat sini, Jiran sebelah rumah KB adalah Nenek KB sendiri, Tapi dia dah meninggal 5 tahun lepas, masih lagi jiran kan..hehehe

-Nama dia Kamisah Kasan, masa kecik-kecik dulu, kalau balik lambat, mak KB akan kunci rumah tak bagi masuk. So nenek lah yang banyak tolong nak-nak waktu magrib dia yang ajak masuk rumah sebab die cakap magrib-magrib setan banyak. oleh sebab KB baik dan mendengar kata, tu yang tak jadi setan sangat sebab ikut nasihat nenek.

6. Anda suka pergi kenduri-kendara tak? Kenapa?
- Tak suka sebab orang ramai sangat yang datang, KB tak berapa suka tempat yang sesak sebab boleh mencacatkan pernafasan sendiri di dalam kawasan sesak.
-Tapi selalu gak pergi kenduri orang sebabnya, kalo orang jemput, kita wajib datang, ye tak.
Lagi satu kalau kita tak datang kenduri orang, esok-esok, kita buat kenduri, orang lak tak nak datang kenduri kita. Dah membazir makanan.

7. Anda suka makan petai tak? Kenapa?-Tak sebabnya mulut akan berbau busuk bila makan petai...
sebenarnya KB tak reti makan ulam-ulam ni walaupun dah kene nasihat dengan mak sendiri untuk makan ulam demi kesihatan diri.
Dulik apa, kalau dah tak suka, sumbat pon boleh keluar balik kan...


8. Kalau terjatuh depan orang ramai, apakah tindakan anda selanjutnya?
-Buat tak tahu jek, tapi kalau ada orang pandang semacam jek atau ada awek-awek yang ternampak, KB akan salahkan member yang jalan sekali dengan KB dengan alasan dia tolak KB sampai jatuh..hahaha, zalim kan


9. Kalau dah beli-beli barang, tiba masa nak buat pembayaran, duit tak cukup. Apa tindakan anda?

-erkkk, yang ni pernah gak terjadi dulu, KB dengan slumber akan cakap, guna kad kredit boleh walhal xder kad kredit pon, saja wat gempak walhal KB tahu yang kedai runcit mana la terima kad kredit ye tak....


10. Apa pendapat anda dengan blog ini? :D
Blong Aien Not Alien ni merupakan satu blog yang menjadi sumber inspirasi KB untuk aktif kembali. Terima kasih kepada tuan punya blog kerana bila melawat blog dia ni, KB dah mula jatuh cinta pada dunia Blog.....

Ok. Sudah menjawab. Sekarang nak bagi soalan pula. Lepas tu tag beberapa rakan blogger. Macam ini lah caranya Game : Tag, Tanya dan Jawab. 

1. Apa pendapat korang tentang Katak? tapi bukan Katak Bulat Yek.

2. Suka stalker orang tak??! Kenapa

3. Korang shampoo rambut dalam seminggu berapa kali?

4. Binatang apa yang paling korang geli?

5. Siapa Hero/Heroin Melayu yang korang minat? Kenapa minat dia?

6. Pengalaman zaman kanak-kanak korang yang paling indah?

7. Berapa ramai awek/pakwe yang dah pernah singgah dekat hati korang

8. Bila dah kawin, teringin tak nak dapat anak seramai satu team bola sepak? Kenapa

9. Planet paling korang nak pergi? Kenapa?

10. Apa pendapat korang tentang KB? Jawab sesengal yang mungkin. hehehe


Ni Nama Mangsa-mangsa KB Untuk Jawab Soalan KB :
- Kepada semua yang nak cuba jawab.

Nak tag ramai lagi tapi follower belum ramai, so inilah nama-nama yang dah menjadi mangsa kerakusan KB. 

Thursday 27 October 2011

Ya Sudahlah

Sesekali orang post lagu kat FB, KB akan dengar dan hayati liriknya.


Lagu kali ni mengisahkan kisah kehidupan seorang anak lelaki yang memberontak kepada bapanya yang kuat membebel demi kebaikannya tapi anak lelaki ni keras kepala sikit, terus keluar rumah dan tak tinggal dengan bapanya.


Namun, dia tetap sayang pada bapanya cuma dia ada perasaan malu untuk memohon maaf atas kesilapan yang dia lakukan, so, lirik lagu ni ada serba sedikit luahan anaknya pada bapanya


Mungkin ini yang dia nak sampaikan dalam lirik lagu ni


"Apapun yg terjadi ku kan selalu ada untukmu
janganlah kau bersedih ’cos everything’s gonna be okay"



terimalah





Tajuk: Black Ya Sudahlah
Artis: Bondan Prakoso feat. Fade 2 Black Ya Sudahlah


Ketika mimpimu yg begitu indah
tak pernah terwujud ya sudahlah
saat kau berlari mengejar anganmu
dan tak pernah sampai ya sudahlah

* Apapun yg terjadi ku kan selalu ada untukmu
janganlah kau bersedih ’cos everything’s gonna be okay
yo satu dari sekian kemungkinan
kau jatuh tanpa ada harapan
saat itu raga kupersembahkan
bersama jiwa cita cinta dan harapan
kita sambung satu persatu sebab akibat
tapi tenanglah mata hati kita kan lihat
menuntun ke arah mata angin bahagia
kau dan aku tahu jalan selalu ada
juga ku tahu lagi problema kan terus menerjang
bagai deras ombak yang menabrak karang
namun ku tahu ku tahu kau mampu tuk tetap tenang
hadapi ini bersamaku hingga ajal datang
sempat kau berharap keramahan cinta
tak pernah kau dapat ya sudahlah
yeeah dengar ku bernyanyi lalalalalala
heyyeye yaya dedudedadedudedudidam
semua ini belum berakhir

repeat *

Satukan langkah langkah yg beriring
genggam hati rangkul emosi
Genggamlah hatiku
satukan langkah kita
sama rasa tanpa pamrih
ini cinta across the sea
peluklah diriku terbanglah bersamaku
melayang jauh (come fly with me, baby)
ini aku dari ujung rambut menyusur jemari
sosok ini yang menerima kelemahan hati
yeah aku cinta kau (ini cinta kita)
cukup satu waktu yes (untuk satu cinta)
satu cinta ini akan tuntun jalanku
rapatkan jiwamu yo tenang di sisiku
rebahkan rasamu untuk yg ditunggu
bahagia hingga ujung waktu
repeat * [3x]

p/s: lagu ini juga boleh ditujukan kepada kawan-kawan, sahabat handai, pasangan kekasih, isteri atau suami, dan sesiapa sahaja yang anda sayang

Tuesday 25 October 2011

Percaya aka Trust

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA
SALAM 1MALAYSIA





SEBUT SAHAJA PASAL KEPERCAYAAN
ADA SESETENGAH ORANG MUNGKIN AKAN BERKATA IA MERUPAKAN SATU PERKARA YANG PALING SUKAR UNTUK DIJAGA DAN DIPATUHI.

MENGAPA ORANG BERKENAAN BERKATA DEMIKIAN, KERANA KEPERCAYAAN  YANG YANG DIBERIKAN KEPADANYA ADALAH SESUATU YANG PALING SUKAR UNTUK DIGALAS DI BAHUNYA KERANA DAN SEMEMANGNYA ORANG ITU TIDAK MAMPU UNTUK MENGGALASNYA

BETUL KE SAMPAI MACAM TU SEKALI.??!
MUNGKIN ADA BENARNYA, DAN MUNGKIN TIDAK.

KALAU ADA ORANG YANG MAMPU DIBERI KEPERCAYAAN KEPADANYA, 
DIA MERUPAPAKAN SEORANG YANG PALING BERTANGGUNGJAWAB DAN JUJUR
DAN ORANG ITU RELA MENJAGA SESUATU YANG KITA PERCAYA UNTUK SERAH PADANYA, DAN DIA BERJAYA MELAKSANAKAN TUGASNYA, SUDAH SEMESTINYA ORANG ITU AKAN DIPERCAYAI SAMPAI BILA-BILA
PERCAYALAH, IA MERUPAKAN SESUATU YANG BENAR, 

KALAU KORANG TAK PERCAYA, CUBA JADI ORANG YANG BOLEH DIPERCAYAAI DAN ANDA AKAN MENJADI INSAN YANG TERPILIH DAN DIPANDANG TINGGI OLEH KELUARGA DAN SAHABAT HANDAI

TAPI.......

JIKA ANDA TELAH DIBERI KEPERCAYAAN, TAPI ANDA TIDAK JUJUR DAN TIDAK IKHLAS DALAM MELAKSANAKAN TANGGUNGJAWAB ITU, PERCAYALAH KATA-KATA KB:

1) SISTEM KELUARGA BOLEH BERPECAH BELAH
2)ADIK BERADIK BOLEH PUTUS SAUDARA
3) SAHABAT BAIK BOLEH JADI MUSUH KETAT
4) SUAMI ISTERI BOLEH BERCERAI BERAI
5)NEGARA BOLEH HANCUR BERKECAI
6)DAN MACAM-MACAM PERKARA LAGI BOLEH BERLAKU


SO, MORAL OF THE STORY, JANGAN MELAKUKAN SESUATU YANG TIDAK PATUT DILAKUKAN DENGAN MELAKUKAN PERKARA YANG BOLEH MENYEBABKAN ORANG TIDAK PERCAYA PADA KITA LAGI

KERANA

DARI ORANG YANG DISANJUNG TINGGI OLEH RAKAN-RAKAN DAN KELUARGA

MAMPU

UNTUK MENJADI ORANG YANG PALING KEJI DI MATA MEREKA


p/s: tapi kepada mereka yang dah buat salah, kita wajar beri peluang kali kedua, cuma mungkin tahap kepercayaan kita pada dia sedikit kurang dari sebelumnya



Sunday 23 October 2011

Bila Dilabel Dot Dot Dot

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA
SALAM 1MALAYSIA


Apabila seseorang mengatakan yang anda ni hensem, smart, cantik, lawa, comel dan sebagainya, sudah semestinya dalam benak fikiran korang keluar kebanggaan diri dan mulala mengembang segala otot-otot yang ada khususnya otot yang mudah mengembang.





Ada pula sesetengah orang akan fikir, dimana letaknya semua ciri-ciri berkenaan walhal diri ini hanya biasa sahaja tapi mendapat jolokan comel dan sebagainya dari rakan-rakan.




Ada pula yang sampai tak sedar diri dengan mengakui kehenseman diri apabila dipuji. Kategori manusia ni jenis tak reti bersyukur dan layak mendapat penampar Jepun atau bagi dia minum air sabun sampai dia mabuk.




Tapi, pernah tak bila berborak dengan seseorang dimana-mana tak kisahlah secara face-to-face, sms, chating, bloging, email, facebooking, twittering, dan pelbagai kemudahan teknologi yang ada untuk bersembang yang keluar dari mulut mereka-mereka ni bukan satu pujian, bukan juga kutukan...tapi sesuatu yang korang tak terpikir selama mana korang pernah hidup.




Dalam ramai-ramai yang memberi komen pasal diri korang, cuma sorang ni yang cakap lain dari orang lain yang memuji atau mengutuk korang secara depan-depan tanpa ada perasaan segan silu untuk dia luahkan pada korang pasal diri korang.




Dan jolokkan yang korang kene adalah lebih kurang macam ni bunyinya
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
V
'Anda ini macam kartun'


Tak ke pelik tu bunyinya...nak juga selidik, apa yang kartun sangat dalam diri ini, dah pelbagai kajian dibuat atas diri sendiri mencari ciri-ciri kartun yang ada pada diri ini termasuklah rupa para, percakapan, pergaulan, perangai, ayat-ayat yang keluar dari mulut yang manis ni bila bercakap dengan orang.



Dan samapai saat ni, masih lagi kompius dengan statment yang diberikan oleh hamba Allah berkenaan yang menyamakan KB dengan kartun.



Walau apa pun orang nak cakap pasal KB, biarkanlah, mungkin cara insan tu berfikir lain sikit dari orang lian, tapi pada KB, Katak tetap comel especially katak yang ni



masih sempat puji diri sendiri, Kredit to desingner header tok blog katak bulat ni,
anda wajar berbangga dan terharu dengan statment ini yek





p/s : Mungkin KB ni comel macam kartun kot, tu yang dia cakap KB macam kartun.....





Wednesday 19 October 2011

Dunia Melayu Dunia Islam


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA
SALAM 1MALAYSIA

Pernah tak korang dengar pasal DMDI ni??!

Apa menatang DMDI ni?

Perlu ke Wujud?
Malas la ambil tahu pasal DMDI ni?

Bukan penting pun??

Mungkin soalan- soalan tadi yang akan berkumandang di benak pemikiran korang, KB  tahu semua tu sebab KB pun macam korang gak, malas ambil tahu pasal perkara-perkara yang macam ni.


Tapi, oleh kerana tugas yang telah diberikan oleh KB oleh editor ditempat kerja KB, kene la gak jalankan tugas dengan dedikasi sehingga cuti dibekukan dan terpaksa bekerja selama 2 minggu bertutut-turut tanpa cuti, dari pagi sampai malam sampai KB demam-demam dibuatnya.


Alkisahnya macam ni, baru-baru ni, KB ditugaskan untuk buat liputan mengenai Konvensyen DMDI ke-12, Kebetulan pada masa yang sama, sambung lak dengan kejohanan karate dunia junior & kadet yang berlangsung di MITC Melaka. So, terpaksalah  dengan rela hati kami pekerja-pekerja yang berdedikasi ni menjalankan tugas masing-masing tanpa cuti untuk minggu itu...kecian


Ok, balik pada cerita yang asal...Apa tu DMDI
Ni KB nak kongsi dengan korang walaupun korang tak nak ambil tahu,

KB terpaksa guna skill 'palagiatrism' yang cukup terkenal di kalangan pelajar universiti khususnya Universiti dot dot dot

Ni sedikit info pasal DMDI 



 Dunia Melayu Dunia Islam (DMDI) ditubuhkna pada tahun 2000 hasil daripada resolusi Konvokesyen Dunia Melayu Dunia Islam pertama dengan Presidennya ialah Datuk Seri Mohd Ali Mohd Rustam. Ia merupakan sebuah Syarikat Kerajaan Melaka yang bertindak mempromosi kesatuan dan perpaduan di antara umat Melayu-Islam di samping menggalakkan kerjasama di antara umat Melayu-Islam dengan bangsa-bangsa lain di dunia.

     
 Penubuhan DMDI adalah cetusan idea YAB Datuk Seri Mohd Ali kerana beliau melihat perlunya diwujudkan satu mekanisme yang berkesan untuk menjana kesungguhan dalam kalangan umat Melayu-Islam seluruh dunia agar cemerlang dalam bidang-bidang uatam sperti Ekonomi, Teknologi Maklumat dan Pendidikan, demi kesejahteraan dan kebebasan umat daripada belenggu kemelaratan.

   DMDI menganjurkan Konvokesyen DMDI setiap tahun dengan tema yang berbeza-beza. Tujuannya untuk menghimpunkan pemimpin-pemimpin dan tokoh-tokoh Melayu dan Islam seluruh dunia bagi membincangkan pelbagai aspek terutama sosio-budaya, pendidikan dan ekonomi di samping dapat mengeratkan jaringan DMDI terutamanya dalam kalangan pemimpin masyarakat.

     DMDI turut bertanggungjawab menyelaraskan program-program pertemuan, seminar, "lokarkarya", bengkel mahupun konvokesyen di lokasi-lokasi berlainan serta memantau program-program pembangunan umat Melayu-Islam seluruh dunia.

     Pada tahun 2000, DMDI diselenggarakan oleh Institut Kajian Sejarah dan Patriotisme Malaysia (IKSEP). Walaubagaimanapun, sejak 1 April 2003, DMDI telah menubuhkan entitinya sendiri dan didaftarkan sebagai Syarikat Kerajaaan Negeri Melaka. Tujuannya supaya DMDI dapat memberi tumpuan yang khusus terhadap kegiatan-kegiatan Dunia Melayu Dunia Islam.

Untuk rujukan yang lebih lanjut, boleh layari laman sesawang DMDI sendiri yek..banyak sangat maklumat yang korang boleh dapat dekat sana, 


KB hanya berkongsi sedikit pasal DMDI ni dengan korang khususnya pada rakyat Melaka yang tak tahu langsung pasal DMDI ni..hehehehe




p/s: pada orang Melaka yang tak tahu pasal DMDI ni, berpura-pura tahu, Kalau tak, malu nanti (^^,)

Percintaan Ini

Saja nak share dengan korang yang tengah bosan, layan lagu jiwang..

Ni KB baru jumpa tadi, layan gak dengar lagu ni,

terimalah lagu sumbangan KB yang yang diupload dari youtube..hehehe






Percintaan Ini - Ezad Lazim

Masih terbayang di ruangan mataku
Saat indah bersamamu dulu
Masihku ingat janji manismu
Bertakhta di hatiku
Oo oo oo

Di kala itu engkau lah bintang
Menyuluh malam yang kegelapan
Tetapi kini tiada lagi
Tinggal aku sendiri

Percintaan ini amat memilukan
Perpisahan ini sungguh menyakitkan
Namun apa daya terpaksa ku telan semua kepahitan
Kepiluan ini meracun hidupku
Kesunyian ini membunuh jiwaku
Tergamak kau sayang
Melihat diriku dalam kesedihan
Dipermainkan olehmu
Sia–sia saja percintaan ini
Tak bisa sampai ke puncaknya
Sekelip mata hilang semuanya
Yang tinggal hanya airmata

p/s: Tak menujukan lagu ni pada sesiapa di luar sana, jangan ada yang terasa, cuma KB layan lagu-lagu macam ni tume bosan. Enjoy :P

Tik Tok Tik Tok...

tik tok tik tok tik tok
Mesti yang terlintas kat fikiran korang yang tu bunyi jam sedang bebrdetik kan???!
Tapi bukan jam tangan la sebab jam tangan korang mesti canggih-canggih, digital pulak tu, mana la nak dengar bunyi klasik macam tu lagi..ye tak??!

KB sendiri pasal jam yang ada dual funtion, digital and analog punye jam tangan. beli hasil gaji pertama hasil titik peluh sendiri..tapi kerja yang keberapa ntah..banyak sangat kerjanya dah join..hehehe

ini la rupa jam yang KB pakai,

 Alhamdulillah, jam ni KB pakai dah hampir 4 tahun rasanya. still tiada problem...harga pon takder la mahal sangat, kalau mahal, memang KB tak beli la.

Untuk makluman semua, KB ni agak kedekut untuk bershoping walaupun tok diri sendiri.

member siap 'sound' lagi suruh tukar kasut sebab tapak dah tanggal,
punya la kedekut, pergi kedai hardware, beli gam cair tu, tampalkan aje tapak kasut dengan gam tu....yang penting tak terkelepai kasut tu...

Seluar kecik jangan cakap r, selagi lubang yang 3 tu tak jadi 4-5 lubang or lebih, selagi tu pakai...huhuhu

tak senonoh tol KB ni citer pasal seluar kecik lak...hehehe
Just untuk kongsi kekedekutan FB dengan korang semua.

So, mana-mana awek yang menaruh harapan dengan KB tu, kene la bersedia dengan sifat mulia KB yang kedekut tu ek....

"Kedekut Untuk Berjimat"
Dah lari tajuk sangat dah ni...


Sebenarnya KB hanya nak cakap dalam ni yang masa semakin berlalu, umur semakin meningkat,
JADI
'Sebagai umat manusia, kita harus bersedia untuk bekalan di hari akhirat kelak, jangan asyik lalai dengan hiburan dunia semata-mata'
Itu isi kandungan untuk entry kali ni
yang lain2 hanya mengarut jek..hehehe

p/s: bila dah lama tak menulis, macam ni la jadinya
KB memang banyak mengarut.....

Wednesday 12 October 2011

Bila Artis Menjadi Bahan Gosip # 1

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Salam 1Malaysia

Pernah tak korang terpikir yang korang menjadi bahan gosip oleh kawan-kawan yang tiada perasaan
Yang tuduh korang macam-macam sebagai pencetus pergolakan hubungan pasangan
Mesti bengang kan kalau jadi mangsa keadaan.


Begitulah yangb jadi kat aku, bukan baru-baru ni, tapi ada la 2-3 bulan lepas.
Tapi bukan dengan kawan-kawan sendiri, tapi dengan orang yang dikatakan agak glamor la juga dan femes serta dikenali ramai..



Gosip 1
Korang pernah dengar cerita tak, apa sebab Linda Onn berpisah dengan Fahrin Ahmad??!
Mesti la pernah kan, siap jadi 'bahan' oleh Jozan masa pertandingan Maharaja Lawak dulu.
Tu pun kalau korang tengok la,
Ceritanya macam ni :_


Tersebut la alkisah perpisahan kedua pasangan ni adalah disebabkan oleh pihak ketiga.

Dikatakan yang Linda Onn ni main kayu tiga dengan sorang mamat ni, Orang biasa jek dengar cerita.

So sebab mamat yang jadi pihak ketiga ni lah yang menyebabkan cerita pasal Linda Onn dengan Fahrin Ahmad ni dijaja satu Malaysia sampai Linda Onn pun tak tahu nak sorok dekat mana muka die yang comel tu...

Cian Linda Onn sebab ramai yang cakap hubungan diaorang putus berpunca dari Linda Onn ni

Tapi itula hakikatnya, nak tak nak, die terpaksa terima hakikat yang puncanya adalah daripada dia...

Dah Malaysia salahkan dia, bukti semua dah ada, nak buat macam mana, tadah je lakan....

Tapikan, Korang tahu ke siapa lelaki yang menjadi Orang ketiga atau penyebab Linda berpisah ni....

Mesti tak tahu kan,.

Ni satu rahsia yang KB nak kongsi dengan korang, semua orang tak tahu, tapi aku as reporter hiburan yang tak bertauliah akan beritahu korang rahsia besar ni. Walaupun cerita ni dah lama, tapi rasanya dah tiba masa cerita mamat tu dikongsi bersama...




Mamat tu orang biasa je...

Bukan Artis ataupun VVIP

Takde la kaya mana pun, tapi Linda Onn boleh terpikat...

Malang sungguh Linda Onn sebab mamat ni takde masa depan pun.

Baru-baru ni, ada seseorang hamba Allah tu dapat tangkap gambar 'Daring' yang boleh mencetuskan kontrevesi antara Linda Onn dengan jejaka yang bergelar Mr. H itu...

Ni KB Tunjuk kat korang


Percayalah, gambar ni tak diedit langsung guna 'photoshop' or guna teknik tampalan.
Inikah Mr. H yang menjadi punca keretakan hubungan Linda Onn dengan  Fahrin??!





Gosip 2

Kenal  tak Penyadang Juara Lagu ke-25
Mesti korang kenal kan si Anna Raffali yang membawa lagu "Tolong Ingatkan Aku"

Kalau korang nak tahu, MR. H gak pernah dikaitkan dengan penyanyi yang mula dikenali ramai melalui youtube ni...

Dengar-dengar cerita, Anna pernah buat pengakuan yang ada menjalinkan hubungan dengan seorang wartawan yang bukan arus perdana (selain Berita Harian, Utusan, Metro, NST dll)

Tapi, wartawan dari akhbar negeri di selatan Tanah Air.

Betul ker cerita tu KB tak pasti, tu hanya gosip semata-mata.

Tapi, sekali lagi, sumber KB ada beritahu kat KB yang cerita tu betul,

Alamak, apa dah ni wahai Cik Anna, Gambarmu telah tersebar.

Bukan nak mengaibkan Anna, tapi kalau dah cerita tu betul, buat apa nak sorok, betul tak..

So, sekali lagi KB dapat tunjuk dekat korang semua, gambar Anna dengan lelaki yang dikatakan Wartawan yang menjalinkan hubungan dengan Anna Raffali.

Jejaka yang menjalinkan hubungan dengan Anna Raffali

Percaya atau tidak, kedua-dua artis ni telah dikaitkan dengan orang yang sama,

Dasat gak mamat sorang ni ek...Sekali dua orang dia kaut..dasat-dasat

Kepada Mr. H, Insaf-insaflah, ingat pada orang yang tersayang...

Kesian Kat Linda Onn dan Anna Raffali jadi mangsa anda.

Percaya atau tidak, terserah pada korang semua.



p/s: Cerita ini hanya rekaan semata-mata, jangan percaya pada gosip antara Mr. H dengan artis dua orang ni
Kesimpulannya, Mr H tu adalah KB sendiri..Hehehe....










Thursday 6 October 2011

Bila Dilanda Sakit

demam-demam pun nampak comel
Hais

>>>>Bila rasa nak demam

>>>>Badan dah mula la sakit-sakit

>>>>Urat dah berdenyut-denyut

>>>>Kepada dah mula berat

>>>>Badan jadi memau

Arrrgggg....sakit tekak den menjerit ni, tepuk la sikit
>>>>Suara lak dah jadi macam Ella, Abot pon boleh lah, kalo Amy Serach ngn Awie Wings memang xkan kesampaian la       ==========>>>

>>>>Mood untuk kerja dah hilang

>>>>Ada yang amek MC dengan sendiri kang

>>>>Batuk-batuk jangan cakap,  dah menjolok tekak nak bagi suara batuk tu sedap

>>>>Cara paling berkesan
         >MAKAN PANADOL
         >TIDUR

>>>>Ada apa-apa tips untuk bagi demam ni hilang dengan cepat tak...
>>>>Seorang sahabat KB suruh minum 100++
>>>>Tapi tak sempat lak nak beli tadi, esok je la

>>>>Kepada yang berkenaan, thanks for ur concern k
>>>>Hanya tuhan dapat membalasnya

p/s: Badan tak panas, tapi urat-urat badan berdenyut, apa ketegori demam tu yek? Sila beri jawapan anda.




HERO or SAVIOR

ASSALAMUALAIKUM & SALAM SEJAHTERA
SALAM 1MALAYSIA
SALAM MELAKA MAJU 2010, NEGERI BANDAR TEKNOLOGI HIJAU

HERO ATAU SAVIOR
Adakah membawa maksud yang sama, mari kita renungkan sekejap
KB berpendapat bahawa hero dan savior tu membawa maksud yang berbeza dan mungkin atau tidak mempunyai kaitan antara satu sama lain

Apa Itu Hero??!
Hero sering dikaitkan dengn individu yang dikenali oleh orang ramai atau nama kata lain glamor dan mempunyai trademark yang tersendiri.

Kalau di dunia melayu, hero sering dikaitkan dengan pahlawan lima bersaudara, mesti korang kenal kan dan yang paling femes antara lima orang tu adalah 'HANG TUAH', siap jadi bintang filem tu, bukan sekali, tapi dari zaman Ramlee bin Puteh aka P Ramlee lagi dah mendokementarikan hero seorang ni dalam bentuk filem.
filem Hang Tuah masa zaman Ramlee bin Puteh
Kemudian, zaman moden lak, M. Nasir tercalon dalam filem 'Puteri Gunung Ledang' yang memegang watak hero melayu terbabit dan dah membawa watak hero berkenaan dengan baik...tahniah M. Nasir sebab menjiwai watak Hang Tuah sampai jadi Hang Tuah buat kali kedua dalam iklan Kit Kat

Hang Tuah dalam iklan kit kat...lawak betul bile tengok iklan ni...

Filem animasi pertama malaysia, Bangga tak korang




Hero Melayu ni juga pernah di animasikan dalam filem silat lagenda, filem animasi pertama Malaysia yang KB kira boleh dibanggakan oleh rakyat Malaysia kerana berjaya menghasilkan filem itu walhal negara lain dah buat lagi canggih....Apa-apa pun KB tetap support Made in Malaysia.


Tu belum masuk lagi hero-hero dari negara lain yang bertaraf superhero dan tak payah la KB sebut satu persatu sebab rasanya korang dah tahu sendiri kan hero yang wujud dekat dunia ni...macam-macam jenis, saiz, warna, rupa, dan bahasa....tak terpikir dek akal la kemampuan hero-hero ni..
Hero melayu juga yang tetap mengekalkan tradisinya menggunakan ilmu persilatan dan kurang 'power' yang mengarut sangat.....Hidup Hero Melayu...


Macammana pula dengan savior??!
Savior ni bahasa mat saleh, jadi kita melayukan dia menjadi 'Penyelamat'
Penyelamat ni seperti yang korang sedia maklum la kan, terdiri daripada golongan manusia yang tidak glamor, tak fames, dan tak dikenali ramai tetapi hanya dikenali secara umum, tiada specific sangat yang menjurus kepada satu watak yang khusus seperti hero

Kenapa KB cakap macam tu??
Sebabnya, kalau ahli bomba itu adalah penyelamat, ramai bebenar ahli bomba di malaysia ni, semua tu penyelamat kita waktu kecemasan....tiada specific yang menjurus kepada individu tertentu, hanya  tertakluk kepada sekumpulan manusia.

nenoneno...rumah terbakar panggil bomba. 
Banyak lagi contoh yang KB boleh beri pada kali ni, selain bomba, pertahanan awam, askar, polis, doktor, tok mudim, mak bidan, dan lain-lain lagi jawatan yang seangkatan dengannya adalah penyelamat kita, cuma Savior ni tak sebegitu glamer dan tak mendapat liputan yang terlalu meluas daripada produksi-produksi filem kat dunia....Mereka bekerja dengan ikhlas dan bertanggungjawab.....Terima Kasih kepada semua golongan penyelamat yang pernah berjasa kepada manusia sejagat....


Belum abis lagi.....
Ada lagi, tu semua dalam kontek umum atau general

Bagi koteks keluarga pulak, mesti la korang akan rekemenkan Mak dan Ayah korang sebagai Hero dan Savior dalam keluarga korang, betul tak apa yang KB cakapkan ni...Diaorang yang bertukus lumus membersarkan kita dari kecil sampai besar menunjang (macam kb) dan jadi penyelamat kita masa kita jatuh mula-mula berjalan dulu dan macam-macam perkara lagi....Setuju tak..

Hero biasanya adalah savior
Tapi tak semua Savior adalah Hero

Cuma apa yang KB nak berlagak dengan korang adalah, KB dah jadi kedua-duanya...jangan marah ek...KB dah dapat title Hero dan juga Savior daripada seorang sahabat KB...

ni ayat yang sahabat KB sms sebelum masing-masing beradu malam semalam
    "U r my hero & savior...bec0me a hero 2 save s0meone, being savior in mission to save s0meone"
Lebih kurang gitu la bunyinya, so korang jangan jeles sebab KB dapat 2 title dalam satu masa...
Time to celebrate it myself dengan senyum sepanjang hari atas title 'HERO & SAVIOR' yang dianugerahkan khas kepada KB.....

KB tak tahu apa yang KB dah buat sampai dapat gelaran tu daripda dia, mungkin KB tak perasan, cuma dia yang tahu sebabnya...Jadi, kalau nak tahu, tanyalah empunya diri tu sendiri...heheheh

p/s: Teringat lak lagu five for fighting: SUPERMAN

I can’t stand to fly
I’m not that naive
I’m just out to find
The better part of me

I’m more than a bird...i’m more than a plane
More than some pretty face beside a train
It’s not easy to be me

Wish that I could cry
Fall upon my knees
Find a way to lie
About a home I’ll never see

It may sound absurd...but don’t be naive
Even heroes have the right to bleed
I may be disturbed...but won’t you concede
Even heroes have the right to dream
It’s not easy to be me

Up, up and away...away from me
It’s all right...you can all sleep sound tonight
I’m not crazy...or anything...

I can’t stand to fly
I’m not that naive
Men weren’t meant to ride
With clouds between their knees

I’m only a man in a silly red sheet
Digging for kryptonite on this one way street
Only a man in a funny red sheet
Looking for special things inside of me
Inside of me
Inside me
Yeah, inside me
Inside of me

I’m only a man
In a funny red sheet
I’m only a man
Looking for a dream

I’m only a man
In a funny red sheet
And it’s not easy, hmmm, hmmm, hmmm...










Wednesday 5 October 2011

Akhirnya..Berjaya Kutemu Setelah Lama Berpisah

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA
SALAM 1MALAYSIA

Bila baca tajuk entry, nampak macam jiwang kan, mesti korang pikir KB ni mamat bunga la bagai...
Tapi tu dulu, zaman-zaman belum akil baligh lagi, memang jiwang tahap gaban r..heheheh
Ok, balik pada cerita yang asal, apa yang yang KB dah jumpa ek...apasal lah KB ni suka sangat pusing-pusing ayat, direct to the point kan senang, ye tak

Macam ni, sebelum ni, KB dengan sahabat ada ada bercerita pasal kisah masa kanak-kanak rebina dulu, layan karton apa, apa watak yang kitaorang minat dan lain-lain lagi...

Jangan Terperanjat kalo KB cakap yang KB pun peminat cerita yang menggunakan tagline ni
"DENGAN KUASA BULAN, AKAN MENGHUKUMMU"

'dengan kuasa bulan, akan menghukummu'...terus orang jahat kalah....

hehehe.....seriously, KB memang layan cerita tu masa kecik-kecik dulu...hingus pon masih meleleh lagi, dah masuk mulut, jilat....masin kot...heheheh.....kenangan-kenangan..


Hush, pesong lagi dah...ni KB nak cerita pasal satu karton 'mat saleh' yang fames zaman-zaman 90'an dulu kat Malaysia, rasanya ramai yang dah lupa tajuk cerita tu sebab KB dan sahabat KB yang sorang tu pon kebetulan pernah tengok cerita tu, tinggal lupa apa namanya, so...tadi blogwalking, terjumpalah pasal tajuk citer tu....
Tajuknye ialah.......

THUNDERBIRD

'Thunderbird'...salah satu kartun yang pernah menjadi  kegilaan ramai kanak-kanak termasuk KB

salah sebuah kenderaan yang digunakan dalam cerita karton ni: 'Thunderbird 2'
Ni pula semua kenderaan yang digunakan dalam cerita tersebut

Di sini KB cerita sikit sinopsis cerita karton yang berkonsepkan masa depan ni yang KB petik dari  laman web yang berkenaan:

SINOPSIS:-
Pada masa hadapan....Seorang jutawan yang juga bekas angkasawan, Jeff Tracy dan anak-anak lelakinyam Scott, Virgil, John, Gordon dan Alan telah bekerjasama dengan seorang engineer yang genius dan saintifi (betol ke penggunaan ayat ni) yang bernama 'Brian' telah menubuhkan satu organisasi rahsia yang dikenali sebagai 'International Rescue' yang berpusat di sebuah pusat operasi rahsia di Pulau Tracy.

Tugas diaorang ni adalah menyelamatkan spesis manusia daripada sebarang perkara kecemasan seperti bencana alam dan lain-lain lagi, yang penting kecemasan, kalau setakat nak suruh beli belacan kat kedai, diaorang tak layan tau...

Kenderaan diaorang ni special sikit, ada 5 kenderaan utama yang diberi nama Thunderbird 1-5 (seperti gambar diatas) yang boleh digunakan dimana-mana bentuk muka bumi untuk operasi menyelamat...

Jadi, macam tu la serba sedikit kisah cerita 'patung' yang jadi hero dan penyelamat kepada manusia di bumi...

Harap sahabat KB yang tertanya-tanya tajuk cerita ni, puas hati dengan entry yang KB buat ni dan membantu dia untuk kembalikan ingatan yang dah expired tu...heheheh, jangan marah ek pada yang berkenaan....

p/s : Entry seterusnya KB nak buat entry pasal 'savior' dan 'hero', sebab ada kaitan gak dengan cerita kartun ni..heheheh, layankan jela ......






Tuesday 4 October 2011

Wah, Doodle Special Untuk Katak Bulat

Pernah tak tengok katak panjat pokok, mesti korang pernah dengar kan pasal tu, tapi korang tak pernah nampak macam mana rupa katak diatas sepohon pokok yang besar....

Kali ni, KB nak tunjuk dekat korang yang Katak tu pandai panjat pokok selain melompat...
|||
|||
|||
|||
|||
|||
|||
|||
|||
V


Tadaaaaaa......



Comel kan doodle ni...Kalau korang nak tahu, doodle ni hasil rekaan dan copyright oleh sahabat KB atau lebih dikenali sebagai 
aka
A.N.A
aka
Nurulaien Bt Mohd Roslan
aka
Semut Gebu
aka
Anak Kecik
aka Semut Sunyi

Kadang-kadang naik gile melayan sahabat KB yang sorang ni, ada jek idea gile dia yang akan dia buat....

Btw, thanks ek A.N.A

bila KB dah pandai Buat doodle sendiri, KB hadiahkan kat ana lak.ok..thanks again

Ada Apa Dengan Katak

toink2...gedek....ong.ong.ong
Katak...
Ada apa dengan katak??!
Apa kelebihan katak ni??!
Bila sebut pasal katak, mesti ada orang yang akan cakap, "eeeiii, geli la...licin", "Yaks", "Arrgggg" dan macam-macam lagi perkataan yang tak sedap didengar especially budak-budak perempuan...

Cian katak-katak tu, mika tak bersalah pun, dah tuhan ciptakan diaorang cm tu, tu pun makhluk tuhan juga kan, so, sama-sama la kita jangan hina katak-katak yang ada dalam dunia ni...

Nak tahu tak, kenapa katak ni dikategorikan sebagai sesuatu yangb special..
Banyak sebab yang KB boleh share ngan korang kenapa spesis katak ni special...
Bukan 1 tau, tapi banyak, tapi kali ni KB akan share sebahagian daripadanya je..

Ni pun atas permintaan sahabat KB yang nak baca entry baru KB sebab dia selalu gak tertunggu-tunggu entry baru dari KB setiap hari...

Kenapa katak ni special?
Why??!
Sebabnya adalah
|
|
|
|
|
V


1) Katak dipilih sebagai tajuk lagu dan telah sama taraf macam nama-nama yang lain seperti Isabela, Saliha, Fatimah, tapi tu semua hanya disebut sekali dalam tajuk, tapi katak, sampai dua kali, 
Katak Oh Katak  
Kecil-kecil lagi kita dah diajar mengenai katak, maksudnya, seawal usia tadika kita dah diperkenalkan dengan katak yang siap jadi lead untuk lagu....
Lagu Apa???? sudah tentu lagu Katak Oh Katak.....siap dapat tajuk lagu lagi tu...jangan main-main, special tak katak...nama korang???ada ke buat tajuk lagu, nama KB ada tau walaupun bukan direct pada KB, tapi ada la rasa tempiasnya..tumpang glamer orang cakap.


2)Nama Katak Diletakkan sebagai tajuk Buku Cerita Setaraf dengan Harry Potter
Masa tadika juga, kita dah membaca mengenai katak, Pernah dengar pasal cerita putera katak tak??!
Kisah seorang puteri raja yang mencium seekor katak yang hodoh dan tiba-tiba bertukar menjadi putera raja yang kacak....Betul ke puteri raja, atau orang biasa yang cium katak tu, KB pun tak berapa ingat, tapi yang pasti, cerita tu membuktikan bahawa katak ni merupakan haiwan yang special dari spesis-spesis haiwan yang lain...Hehehe...


3) Katak pun pernah jadi Bintang Drama/Filem
Percaya tak, mesti la kene percaya....
Meh KB buktikan pada korang semua, katak juga pernah didramakan dan pernah ditayangkan di TV3 sebelum ni yang bertajuk, Putera Katak, betul tak, lakonan Zizan Nin dan Nora Danish..tak percaya, ni KB Buktikan:------>
ni Zizan nin berlakon, tapi bukan dengan heroin cerita ni la....
So??percaya tak yang katak ni special....
Lagi satu, Katak pon pernah berlakon dekat holiwood tau, bukan Malaywood jek dia dapat tawaran berlakon..

Buktinya, cerita  The Princes & Frog......Tapi versi karton la...walaupun karton, tahap holywood tu...

Rasanya haiwan-haiwan dunia lain pon jeles dengan keglemeran katak ni, dan KB pun tumpang gembira sekali sebab terterra nama KB di setiap tajuk-tajuk yang diberikan...

4)Jadi Watak Utama dalam "manga"@"anime" Jepun
tak perlulah KB jelaskan lebih lanjut pasal ni, korang paham-paham la apa tu manga dan apa itu anime

Manga adalah komik yang dilukis oleh kartunis-kartunis jepun manakala Anime pula adalah cerita karton yang diadaptasi daripada manga yang dihasilkan oleh kartunis jepun...Lebih kurang macam tu la

Balik pada sebab yang diatas, biar KB buktikan antara manga dan anime yang meng'hire' Katak sebagai pelakon utama:-------

"Keroro Gunso" ada versi anime dan manga

Keropi- Pun wujud dalam kedua-dua versi...siap macam-macam warna kan
Ni baru beberapa contoh yang KB dapat buktikan pada korang bahawa katak ni sangat special...
macam-macam merchandise yang bertemakan katak yang ada dijual diluar sana...
1) Baju
2) Patung
3)Bantal+cadar+selimut+tuala dll
4)Keychain
5) Layang-layang
6)Lopak pensil aka pencil box (hush, lama dah tak guna nama ni semenjak dari sekolah rendah dulu)
7)Figura (patung-patung kecil berskala 1:10 dan sebagainya
8)Selipar 
9)Topi
10) Pikir la sendiri, manja sangat nak sebut semua, letih KB macam ni.

Jadi??!
Tengoklah betapa glamornya katak-katak ni dan anda semua patut mengubah persepsi masing-masing bahawa katak ini menggelikan, tetapi berpegang lah kepada katak itu comel...

Jadi, KB dapat la menumpang sikit kecomelan kat sini...hehehe...thanks kepada semua katak-katak yang dah glamor di luar sana sebab membantu glamorkan KB skali...heheh

P/S: KB sebenarnya minat katak sebab warna dia hijau dan exotic..bukan sebab dieorang glamor k
       Just tumpang sikit jek..hehehe