Pages

Sahabat Katak Bulat Yang Sporting Habis

Monday 19 December 2011

Word Of The Day 2#

ASSALAMUALAIKUM & SALAM SEJAHTERA

Perbezaan Antara Orang Yang Berjaya
Dengan Orang Yang Gagal
Terletak Pada Rohaninya
Apa Yang Difikir
Menentukan Apa Yang Akan Dicapai

                            

                           -HAMKA- 

Saturday 17 December 2011

Bila Artis Menjadi Bahan Gosip # 2

ASSALAMUALAIKUM & SALAM SEJAHTERA


Korang mesti kenal dengan artis muda yang yang diberi nama Najwa Latif. Bila sebut nama empunya diri mesti dah terpikir di benak fikiran korang lagu 'Cinta Muka Buku' ye dok.


Baru-baru ni, KB ada terserempak dengan dia. bukan main daring lagi Najwa Latif ni dengan sorang mamat yang boleh dikatakan sedap mata memandang.

KB tak tahu apa hubungan mereka berdua, tapi nampak manja juga pelajar sekolah yang berumur 16 tahun ni dengan jejaka berkenaan.

Najwa oh Najwa, kalau betul apa sangkaan KB ni, Apa yang KB nampak ni, hope korang akan bahagia dan janganlah sangkut tengah jalan hubungan korang tu ok.

pada pihak lelaki pula, jangan nak ambil kesempatan atas populariti Najwa Latif yek. Dia masih muda, dan banyak lagi perlu dia belajar.


Kemesraan Najwa Latif dengan jejaka berkenaan terserlah

Bukan main manja lagi Najwa bila orang lain dah perasan pasal dia.


p/s: Macam biasa, cerita diatas hanyalah rekaan semata-mata :P

Thursday 15 December 2011

Ultraman Lupa Jurus

ASSALAMUALAIKUM & SALAM SEJAHTERA




Kaum kerabat ultraman 

Ultraman merupakan super hero yang menjadi kegilaan kanak-kanak termasuk la KB sendiri waktu alam kanak-kanak ribena dulu.


Sampai ada satu tahap tu KB boleh hafal dan kenal setiap nama dan rupa Ultraman yang wujud pada masa tu, ultramen Father, mother, sister,brother, king, tiga, dyna, max dan macam-macam nama lagi la.

Nama-nama diatas merupakan antara yang KB ingat  dan kadang-kadang tengok juga cerita gergasi perak merah ni.

Rasa kagum dengan kehebatan mereka berlawan rasaksa yang kadang-kadang buat kanak-kanak terikut-ikut di rumah.

Tapi, pernah tak korang terbayang apabila ultraman yang korang agung-agungkan tu boleh lupa skill yang dia ada, tak kisah lah nak keluarkan 'fire' dari jurus tangan silang die tu ataupun power2 tambahan lain yang dia ada.

Tengah tengok-tengok FB tadi, KB terjumpa la satu adegan ultraman yang mebuatkan KB gelak sampai nak pecah perut.

So, enjoy......

ultraman pun pandai buat lawak 



p/s: hidup penuh busy dengan menjalankan tugasan sebagai seorang reporter

Sunday 11 December 2011

Medan Oh Medan

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Hai korang, sudah sekian lama rasanya blog ni menyepikan. Banyak perkara yang ingin dikongsikan tapi masa & peluang tidak mengizin KB untuk buat entry baru, maklum la, seorang wartawan cemerlang memang sentiasa buzy degan kerja-kerja 'white propagandanya'

Back to basic...Siapa sangka seorang wartawan capuk macam KB ni turut berpeluang membuat liputan di luar negara ( Macam jauh sangat jek).

Tapi paling tidak, dapat juga rasa dan timba pengalaman pergi negeri orang dan adakan liputan di luar Malaysia dan Melaka menjalankan tugas sebagai photojournalist yang boleh dikatakan cemerlang juga walhal penulisan ntah macam apa-apa ntah.

6-8 Disember yang lepas, KB bersama 13 rakan media yang lain (Berita Harian, Utusan, Bernama, NST, Star, dan 3 lagi chinese newspaper serta TV1 & TV3 telah diberi peluang oleh Kerajaan Negeri Melaka untuk membuat liputan di Medan, Indonesia sempena Persidangan Indonesia-Malaysia-Thailand Growth Triangle (IMT-GT).

Memang satu pengalaman yang tak dapat dilupakan oleh KB sebab persidangan ni kira sama level just bawah sikit daripada 'Asean' kerana melibatkan tiga buah negara.

Bukan mudah untuk menjalankan tugas ini tapi demi pengalaman, KB berjaya juga membuat yang terbaik.

Jadual memang padat, sampai tak sempat nak shoping-shoping dekat bandaraya medan tu yang terkenal dengan 'pasar ikan'.

Tapi pada hari terakhir sempat juga pergi beli telekong dan kain batik+pelekat untuk keluarga di rumah. Tak lupa kawan-kawan turut dapat surviner dari Medan. Pada kawan-kawan yang tak dapat tu, maafkan KB, KB kekurangan modal untuk beli dan bagi pada korang.

Its such a wonderful experience, dan kalau ada peluang pada masa akan datang, KB takkan lepaskan peluang tu dan akan buat yang terbaik.

Padat sungguh banggunan ni Bumi Indonesia ni

Sempat lagi posing depan airbus dengan Bro Malik Star

2 jawa sesat, KB dengan Bro Ayob RTM

Berlagak gila posing macam ni, tak macam dekat medan pun kan

sempat lagi KB posing di JW Mariott Hotel, 5 Star kau..kelasss gitu

Gadis jual surviner di JW Mariott Hotel

Ni la sebahagian delegasi Media yang hadir 

Posing lagi depan Airbus sebelum terbang balik ke Tanah Air

P/s: Special thanks to gov of Malacca because fully sponser us media family at Medan


Sunday 4 December 2011

7 Wasiat Raja-Raja Melayu

ASSALAMUALAIKUM & SALAM SEJAHTERA

Raja-raja Melayu 


"KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN
KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA
KELUHURAN PERLEMBAGAAN
KEDAULATAN UNDANG-UNDANG
KESOPANAN DAN KESUSILAAN"



Lima prinsip rukun negara diatas sudah semestinya korang semua pernah dengar dan tahu akan kewujudannya. 


Ada antara kita yang menghayatinya dan ada juga antara kita yang hanya menghafal dan membacanya waktu perhimpunan sekolah semata-mata tanpa mendalami maksud disebaliknya.


Tapi...


Pernah tak korang tahu pasal wasiat yang diberikan oleh raja-raja Melayu kepada rakyat Malaysia sekalian khususnya kepada masyarakat Melayu yang menjadi penduduk asal Malaysia 


Antara 7 wasiat Raja-Raja Melayu yang tertulis adalah: -


1 - Kami namakan dan kami panggil akan dia bumi yang kamu pijak dan langit yang kamu junjung 'Persekutuan Tanah Melayu' (sekarang dikenali dengan dana Malaysia) 


2 - Kami isytiharkan dan kami simpan untuk kamu dan kami benarkan kamu isytiharkan dan simpan untuk anak cucu kamu, simpanan Melayu sehingga nisbah 50 peratus selebihnya kamu rebutlah bersama-sama kaum lain.


3 - Bagi menjaga kamu dan bagi melindungi anak cucu kami serta hak milik kamu, kami tubuhkan 'REJIMEN ASKAR MELAYU' selain untuk membenteras kekacauan dalam negara dan ancaman dari luar negara.


4 - Kami kekalkan dan kami jamin kerajaan dan kedaulatan Raja-Raja Melayu memerintah negara ini

5 - Kami istiharkan 'ISLAM' adalah agama Persekutuan

6 - Kami tetapkan 'BAHASA KEBANGSAAN' ialah 'BAHASA MELAYU'

7  - Kami amanahkan dan kami pertanggungjawabkan kepada Raja-Raja Melayu untuk melindungi 'KEDUDUKAN ISTIMEWA ORANG MELAYU' dan 'KEPENTINGAN SAH KAUM-KAUM LAIN' (Kemudian ditambah kedudukan istimewa anak Negeri Sabah dan Sarawak) 


Kalau diteliti & diamati setiap wasiat yang dinyatakan penuh dengan maksud yang tersirat.

Apa pandangan korang tentang wasiat ni???

p/s : KB masih dalam proses untuk memahami segala isi kandungan wasiat tu. Ia tak bukan sekadar wasiat yang hanya nampak pada bentuk ayat semata-mata tapi maksud dalam ni sungguh mendalam