Pages

Sahabat Katak Bulat Yang Sporting Habis

Monday 19 December 2011

Word Of The Day 2#

ASSALAMUALAIKUM & SALAM SEJAHTERA

Perbezaan Antara Orang Yang Berjaya
Dengan Orang Yang Gagal
Terletak Pada Rohaninya
Apa Yang Difikir
Menentukan Apa Yang Akan Dicapai

                            

                           -HAMKA- 

Saturday 17 December 2011

Bila Artis Menjadi Bahan Gosip # 2

ASSALAMUALAIKUM & SALAM SEJAHTERA


Korang mesti kenal dengan artis muda yang yang diberi nama Najwa Latif. Bila sebut nama empunya diri mesti dah terpikir di benak fikiran korang lagu 'Cinta Muka Buku' ye dok.


Baru-baru ni, KB ada terserempak dengan dia. bukan main daring lagi Najwa Latif ni dengan sorang mamat yang boleh dikatakan sedap mata memandang.

KB tak tahu apa hubungan mereka berdua, tapi nampak manja juga pelajar sekolah yang berumur 16 tahun ni dengan jejaka berkenaan.

Najwa oh Najwa, kalau betul apa sangkaan KB ni, Apa yang KB nampak ni, hope korang akan bahagia dan janganlah sangkut tengah jalan hubungan korang tu ok.

pada pihak lelaki pula, jangan nak ambil kesempatan atas populariti Najwa Latif yek. Dia masih muda, dan banyak lagi perlu dia belajar.


Kemesraan Najwa Latif dengan jejaka berkenaan terserlah

Bukan main manja lagi Najwa bila orang lain dah perasan pasal dia.


p/s: Macam biasa, cerita diatas hanyalah rekaan semata-mata :P

Thursday 15 December 2011

Ultraman Lupa Jurus

ASSALAMUALAIKUM & SALAM SEJAHTERA




Kaum kerabat ultraman 

Ultraman merupakan super hero yang menjadi kegilaan kanak-kanak termasuk la KB sendiri waktu alam kanak-kanak ribena dulu.


Sampai ada satu tahap tu KB boleh hafal dan kenal setiap nama dan rupa Ultraman yang wujud pada masa tu, ultramen Father, mother, sister,brother, king, tiga, dyna, max dan macam-macam nama lagi la.

Nama-nama diatas merupakan antara yang KB ingat  dan kadang-kadang tengok juga cerita gergasi perak merah ni.

Rasa kagum dengan kehebatan mereka berlawan rasaksa yang kadang-kadang buat kanak-kanak terikut-ikut di rumah.

Tapi, pernah tak korang terbayang apabila ultraman yang korang agung-agungkan tu boleh lupa skill yang dia ada, tak kisah lah nak keluarkan 'fire' dari jurus tangan silang die tu ataupun power2 tambahan lain yang dia ada.

Tengah tengok-tengok FB tadi, KB terjumpa la satu adegan ultraman yang mebuatkan KB gelak sampai nak pecah perut.

So, enjoy......

ultraman pun pandai buat lawak 



p/s: hidup penuh busy dengan menjalankan tugasan sebagai seorang reporter

Sunday 11 December 2011

Medan Oh Medan

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Hai korang, sudah sekian lama rasanya blog ni menyepikan. Banyak perkara yang ingin dikongsikan tapi masa & peluang tidak mengizin KB untuk buat entry baru, maklum la, seorang wartawan cemerlang memang sentiasa buzy degan kerja-kerja 'white propagandanya'

Back to basic...Siapa sangka seorang wartawan capuk macam KB ni turut berpeluang membuat liputan di luar negara ( Macam jauh sangat jek).

Tapi paling tidak, dapat juga rasa dan timba pengalaman pergi negeri orang dan adakan liputan di luar Malaysia dan Melaka menjalankan tugas sebagai photojournalist yang boleh dikatakan cemerlang juga walhal penulisan ntah macam apa-apa ntah.

6-8 Disember yang lepas, KB bersama 13 rakan media yang lain (Berita Harian, Utusan, Bernama, NST, Star, dan 3 lagi chinese newspaper serta TV1 & TV3 telah diberi peluang oleh Kerajaan Negeri Melaka untuk membuat liputan di Medan, Indonesia sempena Persidangan Indonesia-Malaysia-Thailand Growth Triangle (IMT-GT).

Memang satu pengalaman yang tak dapat dilupakan oleh KB sebab persidangan ni kira sama level just bawah sikit daripada 'Asean' kerana melibatkan tiga buah negara.

Bukan mudah untuk menjalankan tugas ini tapi demi pengalaman, KB berjaya juga membuat yang terbaik.

Jadual memang padat, sampai tak sempat nak shoping-shoping dekat bandaraya medan tu yang terkenal dengan 'pasar ikan'.

Tapi pada hari terakhir sempat juga pergi beli telekong dan kain batik+pelekat untuk keluarga di rumah. Tak lupa kawan-kawan turut dapat surviner dari Medan. Pada kawan-kawan yang tak dapat tu, maafkan KB, KB kekurangan modal untuk beli dan bagi pada korang.

Its such a wonderful experience, dan kalau ada peluang pada masa akan datang, KB takkan lepaskan peluang tu dan akan buat yang terbaik.

Padat sungguh banggunan ni Bumi Indonesia ni

Sempat lagi posing depan airbus dengan Bro Malik Star

2 jawa sesat, KB dengan Bro Ayob RTM

Berlagak gila posing macam ni, tak macam dekat medan pun kan

sempat lagi KB posing di JW Mariott Hotel, 5 Star kau..kelasss gitu

Gadis jual surviner di JW Mariott Hotel

Ni la sebahagian delegasi Media yang hadir 

Posing lagi depan Airbus sebelum terbang balik ke Tanah Air

P/s: Special thanks to gov of Malacca because fully sponser us media family at Medan


Sunday 4 December 2011

7 Wasiat Raja-Raja Melayu

ASSALAMUALAIKUM & SALAM SEJAHTERA

Raja-raja Melayu 


"KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN
KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA
KELUHURAN PERLEMBAGAAN
KEDAULATAN UNDANG-UNDANG
KESOPANAN DAN KESUSILAAN"



Lima prinsip rukun negara diatas sudah semestinya korang semua pernah dengar dan tahu akan kewujudannya. 


Ada antara kita yang menghayatinya dan ada juga antara kita yang hanya menghafal dan membacanya waktu perhimpunan sekolah semata-mata tanpa mendalami maksud disebaliknya.


Tapi...


Pernah tak korang tahu pasal wasiat yang diberikan oleh raja-raja Melayu kepada rakyat Malaysia sekalian khususnya kepada masyarakat Melayu yang menjadi penduduk asal Malaysia 


Antara 7 wasiat Raja-Raja Melayu yang tertulis adalah: -


1 - Kami namakan dan kami panggil akan dia bumi yang kamu pijak dan langit yang kamu junjung 'Persekutuan Tanah Melayu' (sekarang dikenali dengan dana Malaysia) 


2 - Kami isytiharkan dan kami simpan untuk kamu dan kami benarkan kamu isytiharkan dan simpan untuk anak cucu kamu, simpanan Melayu sehingga nisbah 50 peratus selebihnya kamu rebutlah bersama-sama kaum lain.


3 - Bagi menjaga kamu dan bagi melindungi anak cucu kami serta hak milik kamu, kami tubuhkan 'REJIMEN ASKAR MELAYU' selain untuk membenteras kekacauan dalam negara dan ancaman dari luar negara.


4 - Kami kekalkan dan kami jamin kerajaan dan kedaulatan Raja-Raja Melayu memerintah negara ini

5 - Kami istiharkan 'ISLAM' adalah agama Persekutuan

6 - Kami tetapkan 'BAHASA KEBANGSAAN' ialah 'BAHASA MELAYU'

7  - Kami amanahkan dan kami pertanggungjawabkan kepada Raja-Raja Melayu untuk melindungi 'KEDUDUKAN ISTIMEWA ORANG MELAYU' dan 'KEPENTINGAN SAH KAUM-KAUM LAIN' (Kemudian ditambah kedudukan istimewa anak Negeri Sabah dan Sarawak) 


Kalau diteliti & diamati setiap wasiat yang dinyatakan penuh dengan maksud yang tersirat.

Apa pandangan korang tentang wasiat ni???

p/s : KB masih dalam proses untuk memahami segala isi kandungan wasiat tu. Ia tak bukan sekadar wasiat yang hanya nampak pada bentuk ayat semata-mata tapi maksud dalam ni sungguh mendalam

Wednesday 30 November 2011

Ombak Rindu

ASSALAMUALAIKUM 5 SALAM SEJAHTERA

DIPAWAGAM BERMULA HARI INI
Tak payah la KB terang dengan lebih lanjut mengenai cerita ni, sebab ramai antara korang yang dah tahu bahawa filem ni merupakan filem adaptasi novel yang kedua di Malaysia selepas 'Lagenda Budak Setan'

So, ombak rindu ni pun salah satu daripanya, KB tak pernah baca lagi novel tu, tapi ramai kawan-kawan cakap menyentuh kalbu.

Agak-agaknya kan, Kalo KB baca dan tengok filem ni, boleh tak tersentuh perasaan KB yang dah lama mengeras dalam dunia jiwang-jiwangan ni.

Dengan itu, untuk menguji sama ada cerita ni mampu memberi impak yang besar terhadap diri ini, KB mencabar diri ini untuk pergi menonton filem adaptasi ni seorang diri pada minggu hadapan, bersamaan hari selasa, 6 disember 2011.

Pada rakan-rakan bloger di luar sana yang tinggal berhampiran Melaka dan mahu mendapatkan tiket percuma...jom sertai KB untuk tonton filem ni....Hanya terbuka bagi peserta yang sanggup datang Melaka dan free pada tarikh tersebut sahaja

Peserta bertuah turut berpeluang makan tengah hari bersama KB yang akan ditanggung sepenuhnya pada hari berkenaan.

Syaratnya mudah:

1. Tinggal di dalam/berhampiran Melaka
2. Ada masa terluang pada tarikh yang dinyatakan
3. Terbuka kepada semua rakyat Malaysia
4. Mendapat keizinan daripada penjaga
5. pengangkutan akan disediakan (mengikut keadaan)

tarikh tutup penyertaan, 2 hari sebelum tarikh yang dinyatakan..

Just leave ur komen kalau berminat...terima kasih


p/s: agak-agaknya, ada ke penyertaan ni, bukan ada orang cuti hari selasa pun macam KB...just 1 person jek yang sama cuti sama macam KB, tp dia nak ker join...hehehe. Kalau anda terbaca, andalah pemenangnya. Nak ajak direct, takut cik abangnye marah lak...so buka skali tok orang ramai yang berminat....jom try

Monday 28 November 2011

Word Of The Day 1#

ASSALAMUALAIKUM & SALAM SEJAHTERA

"Hidup adalah berjuang
Rajin adalah perangsang
Kalau Sekali Kecundang
Jangan Suka Menyalahkan orang"

             petikan daripada:
         Pantun Melayu

Thursday 24 November 2011

Biri-Biri Atau Babi,

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Sedang BW tadi, tertarik pulak dengan satu artikel dalam laman web gilerkentang ni pasal binatang haram, 'babi' yang berbulu seperti biri-biri.

Dari apa yang dimaklumkan dalam laman web berkenaan, nama binatang ni adalah 

Babi Mangalitsa yang berasal dari Australia dan Hungary.

Orang sana gunakan babi jenis ni untuk daging dan bulu untuk benang, sama macam biri-biri.


Terperanjat juga bila tengok gambar ni, cuma tak pasti sama ada ia benar atau hanya mahu rekaan semata-mata. Maklumla, dunia sekarang ni nak menyesatkan manusia, macam-macam boleh buat kan. Tu semua atas bantuan teknologi.

Ni antara gambar-gambar Babi berbulu biri-biri yang dipetik dari tuan punya web.

+
+
+
+
+
+
+
+
V
Hush, sejibik macam biri-biri cuma badannya dan rupa babi

aarrrr...peacee yooooo

Sekali pandang memang nampak babi convert kepada biri-biri

p/s: hanya untuk berkongsi bersama bloger sekalian, berdosa tak KB simpan gambar binatang di dalam Blog....kompius jap.kene tanya yang pakar la

Monday 21 November 2011

Segmen : Contest Blogger Idol by Achie & Eyda

Assalamualaikum & Salam Sejahtera.

Minggu ni rasanya dah 2 kali KB join contest dan segment bloger lain, pada KB dah banyak dah tu walaupun angka dia hanya 2. Dengan penuh semangat dalam dunia bloging ni, KB sahut cabaran daripada seorang rakan Bloger Aien Not Alien yang dah tag KB sebagai salah seorang peserta terpilih.

Apakah contest tersebut, KB kepilkan dibawah ni:-



Nak sertai & Syarat Contest : >KLIK SINI< atau >KLIK SINI<

Contest ni merupakan anjuran  AchieEyda yang dianjurkan secara usahasama, KB dimaklumkan contest ni merupakan kerjasama dari dua bloger ni yang pertama kali mengadakan contest seumpama ini.

Jadi mari kita memeriahkan contest yang diadakan demi kecerian bersama.

Majulah Bloger untuk Malaysia :P


Antara Soalan yang ditanya adalah:

1) Ceritakan siapa blogger yang menjadi inspirasi anda dan kenapa anda memilih mereka dan ingin menjadi seperti mereka?

Sebelum ni, KB ada satu blog lain, tapi dah tinggal dah sebabnya pun buat atas paksaan, tak payah la KB cerita lebih lanjut pasal perkara berkenaan kerana ia dah pun berlalu lebih 3 tahun lepas. Hanya beberapa kenalan sahaja yang tahu mengenai perkara berkenaan.

Balik pada soalan yang diajukan, secara jujurnya, idola KB dalam dunia Bloging ni adalah daripada sahabat yang tag KB untuk join contest ni, Aien Not Alien a.k.a Nurulaien Mohd Roslan.

Sama macam orang lain, KB berpendapat yang dunia bloging ni sesuatu yang membosankan kerana banyak menulis dan menulis dan menulis dan menulis lagi. Untuk makluman, menulis merupakan sesuatu perkara yang KB paling tak suka dan cuba elak semenjak dari zaman sekolah lagi.

Tapi, bila dah terjerumus dalam dunia journalism aka kewartawanan ni, best pulak menulis, kadang-kadang panjang berjela dan macam-macam nak diceritakan dalam satu entry. Ni buktinya, dah lari tajuk.

Back to basic, Aien merupakan idola dan sumber inspirasi KB untuk berjinak kembali dengan dunia bloging ni. Penulisan yang bersahaja dan tidak berat menjadikan KB suka cara dia menulis.

Kadang-kadang, walaupun entry yang dibuat tertalu simple dan tak banyak isi kandungan, namun mampu mencuit hati para pembacanya seperti KB dan secara jujurnya, KB salah seorang peminat Blog beliau.

Beliau turut berjasa dalam menghasilkan blog ni, dan segala yang korang boleh lihat dalam blog ni daripada layout, warna, doodle dll (Tidak termasuk entry) merupakan hasil tangan beliau sendiri. Terima kasih kepada beliau atas jasa yang ditaburkan.


2) Matlamat anda dalam berblogging dalam masa terdekat dan juga akan datang.

Matlamat KB dalam jangka masa pendek adalah untuk memberi luahan pendapat semata-mata, tapi untuk jangka masa yang panjang, KB berharap dapat bertemu jodoh rakan-rakan dan bertukar pendapat agar memperoleh ilmu tambahan selaras dengan kata-kata yang mungkin korang pernah dengar 

"Menuntut ilmu hingga sampai liang lahad"

-TAMAT- 

Bloger terpilih untuk ditag menyertai contest ini adalah

Tiada paksaan untuk turut serta


p/s Bila seorang wartawan mula menulis, habis pages untuk dia sorang jek.tamak betul.....

Sunday 20 November 2011

segmen : Yasmin Aris 1st GA

ASSALAMUALAIKUM SALAM SEJAHTERA

Tadi KB bw kat satu blog ni, tertarik lak nak join segmen seorang bloger ni : Yasmin Aris

Apa yang KB dimaklumkan, Yasmin Aris ni baru 1st time buat segmen GA (Give Awayy) katanya la, so sebagai tanda sokongan KB pada bloger2 yang berada dalam dunia maya ni, KB ambil peluang ni untuk join segmen Yasmin ni. Jom kita try sama-sama.

Syaratnye senang jee :



1. Wajib FOLLOW bLog ni duLu, dan LIKE Facebook Page tu skaLi yee :D HAHA .


2. Dahh ? Trime kasih :) :P Then, korang jz perLu buat satu new post.
DaLam new post tu kena ade :
· TitLe yg bertajuk “Yasmin Aris 1st GA”
· Copy semua syarat-syarat GA ni .
· Jangan Lupe Letak gamba kat atas tu skaLi .
(Tekan gamba, right cLick,Copy Image URL dan letak  kat dLm entry korang)
· Gambar tu mesty Lah di LINK kan kepada entry ini .


3. Fahemm ? Hihi :) Seterusnyee, tinggaLkan Link entry yg korang dah pubLishkn tuu kat ruangan komen bawah nii . Dah siapp ! :)


4. Ok, ok .. GA ni akan dibataLkn kLu penyertaan tak Lebih dari 10 orang . Huhu T-T
So, join Lah beramai-ramai yee ! kite sukee . Hii ❤


5. Tarikh tutup : Sabtu-[19 DISEMBER 2011] Lambat Lg kan ;P ade mase nk join . Jom-jomm !

Sape yg bertuah akan menerime hadiah yg tak seberapa nii .


Maxis, Digi, CeLcom, Etc : RM10
Edited bLue Minima TempLate
Cute Cursor 



Kepada Yasmin, ini pun kali pertama join segmen orang, so sama-sama try n error juga
So mari kita sama-sama meriahkan segmen ni beramai-ramai.

Kapal Selam Menyelam Atas Darat

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Korang pernah tengok kapal selam tak??!

Ofcoz la korang pernah tengok kapal selam kan dan tahu macam mana rupa kapal selam tu dan biasanya korang tengok kapal selam melalui medium-medium tertentu seperti media cetak dan elektronik serta buku-buku bergambar dan sebagainya.



Selalunya kapal selam akan berada dalam laut untuk menyelam dan berlayar yang dikemudi oleh tentera laut yang mempunyai latihan yang secukupnya untuk mengemudi kapal besi berkenaan. Itu satu fakta bukan?? semua orang tahu tentang perkara tu.


Tapi, pernah tak korang tengok dengan mata kepala korang sendiri kapal selam menyelam atas darat??! 
Bunyi macam kelakar dan ada juga antara korang akan terfikir tak mustahil untuk kapal selam menyelam atas darat.



So, KB sekali lagi berpeluang menimba pengalaman yang menarik ini dan mungkin tak ramai yang berpeluang untuk melihat dengan mata kepala sendiri dan berada dekat dengan kapal selam ni.


Entry kali ni KB share lagi pengalaman KB melihat kapal selam Agosta 70 yang berada di tapak Komplek Muzium Maritim, Dataran 1Malaysia Klebang Melaka.


So, terimalah gambar-gambar menarik di kawasan berkenaan yang sempat KB rakamkan dengan bantuan Isteri KB Canon EOS 600d




Penulis Bergambar dihadapan Kapal Selam yang tak menyelam lagi

Agaknya sebab kapal selam ni melaka sesak teruk macam dalam gambar ni

Kapal Selam pun ada bontot tau..bukan orang jek ada


  

Wednesday 16 November 2011

Kuasa Orang Berada

Assalamualaikum & Salam Sejahtera 


Bila kita kaya, macam-macam kita boleh buat.
Beli itu, beli ini, rumah besar, kereta besar, bini pun kadang-kadang besar juga.

Kali ini tak nak bercakap banyak, just nak share dengan korang semua satu gambar yang KB sempat rakamkan menggunakan DSLR Nikon D90 milik adik KB yang dipinjam berikutan Isteri KB yang masuk hospital baru-baru ini.


Apa yang korang nampak dalam gambar ni selain url Katak Bulat

Bukan nak mengaibkan mana-mana pihak, cuma nak berkongsi dan beri contoh pada orang lain agar tidak menyalah gunakan kuasa atau kekayaan yang ada. Sesungguhnya rezeki itu datang daripada Allah dan kita sebagai makhluknya wajar bersyukur.

Walaubagaimanapun, KB tetap memuji Owner kereta terbait, walaupun dia kaya dan mempunyai kereta mewah seumpama ini, tapi dia masih ingat asal usul dia dan menjalankan kerja-kerja kebajikan.

p/s: Bersyukur atas rezeki yang diberikanNya


Tuesday 15 November 2011

Orang Pakai Seluar Dalam : siri 2

Assalamualaikum & Salam Sejahtera
Salam 1Malaysia


Seperti yang telah dijanjikan pada entry yang lepas, KB sertakan gambar KB dengan Sazali Samad, penyandang Mr. Universe 7 kali 

Walaupun dalam hati ada geli2 gelaman ala-ala kucing yang kehilangan bulu, KB tetap nak jugak bergambar dengan mamat bertubuh sasa ni...

Bandingkan badan siapa yang lawa, KB atau Sazali.
Badan siapa lagi cantik...KB or Sazali

Ni la sahabat yang amek gambar KB diatas..kredit for him because tolong KB ambil gambar



p/s: sory, gambar ni member yang tolong tangkapkan, gambar dia lawa, gambar kita lak yang tak berapa menjadi.


Sunday 13 November 2011

Orang Pakai Seluar Dalam

Assalamualaikum & Salam Satu Malaysia

Malam Semalam bersamaan 12.11.11 bertempat di Jonker Walk Melaka, satu lagi assingment yang telah diarahkan kepada KB yang memberi satu pengalaman yang menarik dan menggelikan mencuit hati.

Mungkin ada sesetengah orang akan menganggap sebagai seksi atau mampu memberi daya tarikan pada meraka, namun pada KB, ia tetap satu jenis perkara baik dan sihat jika dibandingkan terlibat dengan perkara yang negatif.

Malam tu, KB telah buat liputan mengenai Kejohanan Bina Badan Sedunia Kali ke-3. Bila sebut pasal bina badan, mesti la korang akan terfikir pasal orang berotot sasa yang menayangkan body masing-masing hanya dengan memakai spender aka seluar dalam.

Kita jangan lihat perkara ini sebagai perkara maksiat, tapi lihat dari sudut sukan yang mampu mengharumkan nama negara. Sekurang-kurangnya, mereka yang terlibat dalam pertandingan tu menutup alat sulit masing-masing dan tak melakukan perkara sumbang di khalyak ramai seperti berpelukan antara pasangan bukan muhrim, cium mulut dan ada gak yang buat aksi ringan-ringan dalam dekat taman permainan, dalam kereta, lif dll.

Jadi, dalam entry kali ni, KB kongsi dengan korang dengan apa yang KB lalui malam tadi.





Macho tak abang-abang kita ni...hehehe

Apa yang menarik, pemegang gelaran Mr. Universe sebanyak 7 kali turut beraksi pada kejohanan ni dan beliau mendapat sorakan yang memberangsangkan daripada penonton yang hadir




Kejohanan Bina Badan Sedunia Ke-3
Sazali Ungguli Tempat Kelima

Oleh: HAFIZHAN RAHMAT

BANDARAYA MELAKA: ATLET Bina Badan Negara, Sazali Abdul Samad gagal meraih gelaran Mr Universe buat kali ke-7 apabila hanya mampu menduduki tempat ke-5 dalam Kejohanan Bina Badan Sedunia Ke-3 berakhir semalam.
Kegagalan Sazali meraih geralaran tersebut telah memberi peluang kepada peserta Iran, Moharam Panahi buat pertama kali berjaya menyandang gelaran Mr Universe.
Kehebatan Sazali dalam sukan ini mampu menarik perhatian para juri pertandingan apabila atlet berusia 44 tahun ini menggondol pingat emas dalam Kategori Lightweight 70 kilogram (kg) dengan mata terkumpul sebanyak 10 mata.
Sazali dengan aksinya
"Walaupun berada di tempat kelima, saya bangga kerana masih mampu dan boleh capai ke tahap ini dan masih lagi boleh mengekalkan perjuangan meraih tahap lebih tinggi," katanya kepada pemberita di Jonker Walk di sini, malam tadi.
Anggota polis berpangkat sarjan mejar itu telah menyandang gelaran Mr Universe pada tahun 2000, 2004, 2006, 2007, 2009 dan 2010.
Beliau juga merupakan juara Mr Asia tujuh kali (1996, 1998, 1999, 2000, 2004, 2009 dan 2010) dan dua kali memenangi Kejohanan Persekutuan Bina Badan Dunia (2009 and 2010). 
Sementara itu, rakan sepasukan Sazali, Wong Hong telah beraksi cemerlang apabila berjaya menduduki tempat ketiga Mr Universe seterusnya mencipta kejayaan pertama buat dirinya.
"Ini adalah kemenangan pertama saya dan ianya kejayaan paling manis buat diri saya setelah 22 tahun menceburkan diri dalam sukan bina badan ini" katanya yang juga pemenang pingat emas bagi Kategori 100kg dalam kejohanan berkenaan.
Wong berkata, cabaran kali ini hebat, di mana kesemua peserta bertanding memberikan saingan hebat terutama peserta dari negara Eropah dan negara Asia Barat.
"Saya juga tidak menyangka boleh mencapai tahap yang tinggi seumpama ini kerana harapan saya hanya memperoleh tempat kelima," katanya.
Sasa siot badan Sazali
Iran telah berjaya menduduki tempat pertama dalam kejohanan yang berprestij ini bagi Kategori Negara dengan mata terkumpul 106 mata.
Malaysia turut memberi saingan hebat apabila kekurangan empat mata berbading Iran, sekali gus mendapat tempat kedua secara keseluruhan dengan pungutan 102 mata, manakala Thailand di tempat ketiga dengan pungutan 42 mata.
Seramai 89 peserta dari 38 negara telah menyertai kejohanan tersebut.
Majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Yang di-Pertua Negeri, Tun Mohd Khalil Yaakob diiringi Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam; Setia Usaha Persatuan Sukan Bina Badan dan Fizikal Dunia, Paul Chua dan Presiden Persatuan Bina Badan Malaysia, Datuk Wira Gan Boon Leong.
Sazali dan Wong bakal menyertai kejohanan Pro Amateur Classic yang akan berlangsung di Singapura pada 16 November ini dan akan melakukan persembahan terbaik demi mengharumkan nama negara.


Mohd Khalil dan Mohd Ali menjulang Sazali selepas jadi johan kategori 70kg
agak-agak kalau dia pukul korang apa jadi ek??
Mohd Khalil menyampaikan hadiah kepada sazali


Mohd Ali menyampaikan piala kepada wakil Pasukan Kebangsaan yang menyandang tempat ke-2 kategori negara

Ni pula Mr Universe bagi tahun 2011 dari Iran

p/s: Gambar KB dengan Sazali dan Hong akan akan KB upload dalam entry yang akan datang