Pages

Sahabat Katak Bulat Yang Sporting Habis

Tuesday 31 January 2012

KENALI KAREKTOR PEREMPUAN MELALUI KETAWA

ASSALAMUALAIKUM 
SALAM SEJAHTERA

Nak dengar lawak tak???! Tadi kan.....

Golongan wanita/perempuan biasanya terkenal dengan seseorang yang mempunyai adap sopan yang boleh dipuji dan serta jenis yang tersipu-sipu malu. Jenis-jenis ni memang selalu kita jumpa masa zaman mak apak kita masa muda-muda dulu atau zaman kita sekolah around tahun 90-an. sekarang pun ada juga, cuma tak ramai.


Sama juga situasi ketika ketawa, golongan ini juga bisanya merupakan golongan yang akan ketawa dengan penuh adab sopan sambil menutup mulut masing-masing (sebahagian). Tapi sebenarnya, itu adalah bidaah (dusta) semata-mata.


Kali ni KB nak share dengan korang jenis-jenis ketawa wanita/perempuan mengikut karektor masing-masing :-
|
|
|
|
|

Perempuan Palsu 
Bila perempuan ini ketawa macam lelaki atau suara jantan yang keluar, ternyata perempuan jenis ini adalah bukan wanita asli, paham-paham je la yek...
auu..i tulen tau...ha ha ha

Perempuan Penyabar
Jenis ni akan ketawa selepas orang lain abis ketawa untuk membuktikan kesabarannya dalam kehidupan termasuk ketawa

Perempuan Adil
Bukan sahaja mentertawakan orang, malah dia turut mentertawakan diri sendiri, jadi bersikap adil pada semua

Perempuan Berani
Meniru gaya pontianak ketawa ketika berhadapan dengan pontianak yang 'real'

Konfiden-konfiden
Perempuan Berkeyakinan Tinggi
Akan mentertawakan bos atau pegawai atasannya dengan penuh bergaya 

Perempuan Matetialistik
Ketawa terbahak-bahak tanpa segan silu sambil selang seli dengan permintaan barangan berharga
Atau ketawa macam ali baba(lakonan azis satar) dalam citer Ali Baba Bujang Lapok.




p/s : Untuk suka-suka, jangan ada yang terasa
p/s/s: KB main bantai jek ni...hehehe








Saturday 28 January 2012

NAMA-NAMA PELIK DALAM PHONEBOOK ANDA

ASSALAMUALAIKUM & SALAM SEJAHTERA


Pernah tak korang letak dalam phonebook korang dengan nama yang pelik-pelik 

Mesti korang tak kenal dengan tuan empunya nombor berkenaan dan terus meletakkan nama yang pelik-pelik berdasarkan latar belakang cerita yang korang bincangkan dalam seisi berdialog.


Kali ni KB nak share nama-nama pelik yang pernah wujud tidak kira dalam handphone KB sendiri mahupun kawan-kawan korang ataupun korang sendiri ada guna nama yang sama.

Tujuannya nak bezakan nama takut tersilap dial no


1)Tayar Pancit/bocor : Biasanya digunakan oleh mereka-meraka yang menaiki motosikal yang memerlukan bantuan akibat tayar motor pancit atau bocor, sebab lain guna nama tu tak tahu nama toke betuk tayar motor tu.


2)Tunjang/panjang : Gelaran yang diberikan korang pada kawan-kawan yang paling tinggi dalam kelas

3) Bulat : Sebab muka dia bulat ataupun badan dia berisi atau kata nama lain gemok

4) Singa Betina : biasanya ditujukan khas untuk kawan-kawan perempuan korang yang paling garang. Kita cakap sikit mesti dia nak menyinga


5) @$#@^#$* : Biasnya untuk gelaran orang yang korang benci ataupun musuh ketat korang


6) Anaconda : Nama sebenar Farhana, Rozana,Suzana atau yang hujung-hujung ada A.N.A 'ANA',dan lebih mesra panggil Ana, so letak nama Anaconda bagi senang korang nak kenal
Ni saper panggil nama aku ni
Tapi jangan sampai nama awek korang Ana, korang letak anaconda pulak, ada yang makan selipar jepun lak.

6) Katak Bulat : Sebab kawan korang tu kenal korang dengan nama katak bulat dekat FB ataupun Blog. kadang-kadang dah tiga tahun kawan masih tak tahu nama sebenar empunya diri :)



Jadi kalau ada tambahan lain, kongsi la yek, ni sebahagian yang KB perasan

p/s: hope tiada yang terasa yek 



Thursday 26 January 2012

Pesanan Kekasih Buat Kekasih

ASSALAMUALAIKUM & SALAM SEJAHTERA
SALAM 1MALAYSIA
SALAM MELAKA MAJU 2010
NEGERI BANDAR TEKNOLOGI HIJAU


Alamak, dah terikut-ikut lak cara Datuk Seri Mohd Ali Rustam ketika permulaan setiap ucapannya, mesti ada semua perkataan tu.



Sepanjang setahun ikut dia ni, sampai naik hafal lak segala isi ucapan yang dia selalu ucap dalam setiap majlis yang dia hadir.


Oklah, taknak buang masa cerita pasal Datuk Ali, KB nak share sesutau dengan korang tentang satu perkara yang tak patut korang buat dalam hidup korang. Seriusly perkara ini memalukan.


Tapi mungkin ini cara seseorang untuk meluahkan perasaan pada pasangannya, tapi kalau ye pun, tak payah la sampai satu dunia tahu pasal sayang korang pada pasangan korang.


Apa yang KB nak cakapkan, guna cara lain sebab ia akan membawa sesuatu yang tak baik pada anda dan juga pasangan anda.


Bukan tujuan untuk mengaib, tapi hanya sebagai contoh kepada semua agar tidak melakukan perkara yang sama.


Please used another method to express your feeling to your couple


Dan apa yang anda dapat adalah ini.

tu dia, ada plak manusia yang akan membalasnya dengan cara yang agak klakar.heheh




P/S : Jangan ekpresikan perasaan anda melalui youtube, ramai mata memandang, ramai juga yang mengutuk termasuk penulis blog ni.....

FAKTA YANG AUTA

ASSALAMUALAIKUN & SALAM SEJAHTERA



Hai korang, lama sungguh KB tak update entry dalam blog 'Dunia Si Katak Bulat' yang tak seberapa ni.


Apa pun, KB nak ucapkan terima kasih kepada 
Cik Ma & Aida Omar kerana mereka antara bloger yang setia menanti entry baru dari KB. 


Yang lain-lain jangan kecik hati pula sebab tak sebut nama, apapun...korang tetap best..


Oklah, hari ni nak buang tebiat sikit dengan korang, KB nak kongsi maklumat yang tak berguna langsung tapi mungkin boleh buat korang hilang masalah dalaman korang...hehehe


  • Kalau korang boleh buat lembu ketawa berdekah-dekah, berkemungkinan susunya boleh terkeluar dari hidung

  • Kajian mendapati kucing yang mati digilis kenderaan dipercayai telah mengalami lapan kali kecelakaan jalan raya yang meragut nyawanya sebelum ini.

  • Para psychologi sebulat suara mengesahkan sebab yang menyebabkan kambing takut hujan kerana menyangka diri mereka adalah api

  • Hasil kajian saintis menunjukan lelaki yang mempunyai nama BOB adalah cenderung obesiti

  • 30 peratus wanita yang memakai lipstik ketika kenderaan sedang bergerak secara tidak sengaja tertelan batang liptik yang digunakan


P/s: Segala yang disebut diatas adalah fakta yang auta semata-mata...jangan percaya udah la yek



Tuesday 17 January 2012

Maaf Seribu Kali Maaf

ASSALAMUALAIKUM & SALAM SEJAHTERA


Pertama sekali, KB nak mohon ampun dan maaf kepada seluruh warga Bloger sekalian kerana sudah lama tak dapat update sebarang entry sepanjang tahun baru ini.

Agak terkilan sebab tidak dapat berkongsi sebarang pengalaman KB bersama korang tidak kira yang menarik, suka, duka, jenaka, dan macam-macam lagi.

KB tak pasti jika ada atau tidak insan-insan di luarsana yang agak terkilan kerana KB tak update 
'DUNIA SI KATAK BULAT'. Takut gak ada yang bertanggapan bahawa KB menceburi bidang Bloger ni sebab nak mendekati seseorang ataupun alasan untuk mendekatkan diri dengan seseorang...

Itu tidak benar sama sekali...Apa yang Ingin KB katakan bahawa KB tidak berkesempatan untuk update blog ini disebabkan oleh kesibukan menjalankan tugas yang tidak pernah abis.

Maaf sekali lagi pada semua..
Thanks And Sory For Everything to all my folower

Terima Kasih,