Pages

Wednesday, 30 November 2011

Ombak Rindu

ASSALAMUALAIKUM 5 SALAM SEJAHTERA

DIPAWAGAM BERMULA HARI INI
Tak payah la KB terang dengan lebih lanjut mengenai cerita ni, sebab ramai antara korang yang dah tahu bahawa filem ni merupakan filem adaptasi novel yang kedua di Malaysia selepas 'Lagenda Budak Setan'

So, ombak rindu ni pun salah satu daripanya, KB tak pernah baca lagi novel tu, tapi ramai kawan-kawan cakap menyentuh kalbu.

Agak-agaknya kan, Kalo KB baca dan tengok filem ni, boleh tak tersentuh perasaan KB yang dah lama mengeras dalam dunia jiwang-jiwangan ni.

Dengan itu, untuk menguji sama ada cerita ni mampu memberi impak yang besar terhadap diri ini, KB mencabar diri ini untuk pergi menonton filem adaptasi ni seorang diri pada minggu hadapan, bersamaan hari selasa, 6 disember 2011.

Pada rakan-rakan bloger di luar sana yang tinggal berhampiran Melaka dan mahu mendapatkan tiket percuma...jom sertai KB untuk tonton filem ni....Hanya terbuka bagi peserta yang sanggup datang Melaka dan free pada tarikh tersebut sahaja

Peserta bertuah turut berpeluang makan tengah hari bersama KB yang akan ditanggung sepenuhnya pada hari berkenaan.

Syaratnya mudah:

1. Tinggal di dalam/berhampiran Melaka
2. Ada masa terluang pada tarikh yang dinyatakan
3. Terbuka kepada semua rakyat Malaysia
4. Mendapat keizinan daripada penjaga
5. pengangkutan akan disediakan (mengikut keadaan)

tarikh tutup penyertaan, 2 hari sebelum tarikh yang dinyatakan..

Just leave ur komen kalau berminat...terima kasih


p/s: agak-agaknya, ada ke penyertaan ni, bukan ada orang cuti hari selasa pun macam KB...just 1 person jek yang sama cuti sama macam KB, tp dia nak ker join...hehehe. Kalau anda terbaca, andalah pemenangnya. Nak ajak direct, takut cik abangnye marah lak...so buka skali tok orang ramai yang berminat....jom try

4 comments:

  1. heheh....nak join ker robot..jom2

    Program: Menonton wayang bersama Katak Bulat
    Tarikh: 6 disember
    Masa: lepas tengah hari
    Tempat: GSC Dataran Pahlawan

    :P

    ReplyDelete
  2. wohooo..siap ada perlawaan lagi..

    sesiapa yang free boleh la... kita dah tak cuti selasa bulan ni...bulan kerja fulllllll...hehe..

    yuran sekolah anak2 nak dibayar...cari duit lebih.. :)

    ReplyDelete
  3. ala cian...kene carik rezki lebih la sahabat kita ni..xper la yek cik alien, mudah2han segalanya berjalan lancar yek....semoga berjaya

    ReplyDelete

Lompat si katak lompat,
Komen di sini komen....hehe...