Pages

Sahabat Katak Bulat Yang Sporting Habis

Tuesday 4 October 2011

Ada Apa Dengan Katak

toink2...gedek....ong.ong.ong
Katak...
Ada apa dengan katak??!
Apa kelebihan katak ni??!
Bila sebut pasal katak, mesti ada orang yang akan cakap, "eeeiii, geli la...licin", "Yaks", "Arrgggg" dan macam-macam lagi perkataan yang tak sedap didengar especially budak-budak perempuan...

Cian katak-katak tu, mika tak bersalah pun, dah tuhan ciptakan diaorang cm tu, tu pun makhluk tuhan juga kan, so, sama-sama la kita jangan hina katak-katak yang ada dalam dunia ni...

Nak tahu tak, kenapa katak ni dikategorikan sebagai sesuatu yangb special..
Banyak sebab yang KB boleh share ngan korang kenapa spesis katak ni special...
Bukan 1 tau, tapi banyak, tapi kali ni KB akan share sebahagian daripadanya je..

Ni pun atas permintaan sahabat KB yang nak baca entry baru KB sebab dia selalu gak tertunggu-tunggu entry baru dari KB setiap hari...

Kenapa katak ni special?
Why??!
Sebabnya adalah
|
|
|
|
|
V


1) Katak dipilih sebagai tajuk lagu dan telah sama taraf macam nama-nama yang lain seperti Isabela, Saliha, Fatimah, tapi tu semua hanya disebut sekali dalam tajuk, tapi katak, sampai dua kali, 
Katak Oh Katak  
Kecil-kecil lagi kita dah diajar mengenai katak, maksudnya, seawal usia tadika kita dah diperkenalkan dengan katak yang siap jadi lead untuk lagu....
Lagu Apa???? sudah tentu lagu Katak Oh Katak.....siap dapat tajuk lagu lagi tu...jangan main-main, special tak katak...nama korang???ada ke buat tajuk lagu, nama KB ada tau walaupun bukan direct pada KB, tapi ada la rasa tempiasnya..tumpang glamer orang cakap.


2)Nama Katak Diletakkan sebagai tajuk Buku Cerita Setaraf dengan Harry Potter
Masa tadika juga, kita dah membaca mengenai katak, Pernah dengar pasal cerita putera katak tak??!
Kisah seorang puteri raja yang mencium seekor katak yang hodoh dan tiba-tiba bertukar menjadi putera raja yang kacak....Betul ke puteri raja, atau orang biasa yang cium katak tu, KB pun tak berapa ingat, tapi yang pasti, cerita tu membuktikan bahawa katak ni merupakan haiwan yang special dari spesis-spesis haiwan yang lain...Hehehe...


3) Katak pun pernah jadi Bintang Drama/Filem
Percaya tak, mesti la kene percaya....
Meh KB buktikan pada korang semua, katak juga pernah didramakan dan pernah ditayangkan di TV3 sebelum ni yang bertajuk, Putera Katak, betul tak, lakonan Zizan Nin dan Nora Danish..tak percaya, ni KB Buktikan:------>
ni Zizan nin berlakon, tapi bukan dengan heroin cerita ni la....
So??percaya tak yang katak ni special....
Lagi satu, Katak pon pernah berlakon dekat holiwood tau, bukan Malaywood jek dia dapat tawaran berlakon..

Buktinya, cerita  The Princes & Frog......Tapi versi karton la...walaupun karton, tahap holywood tu...

Rasanya haiwan-haiwan dunia lain pon jeles dengan keglemeran katak ni, dan KB pun tumpang gembira sekali sebab terterra nama KB di setiap tajuk-tajuk yang diberikan...

4)Jadi Watak Utama dalam "manga"@"anime" Jepun
tak perlulah KB jelaskan lebih lanjut pasal ni, korang paham-paham la apa tu manga dan apa itu anime

Manga adalah komik yang dilukis oleh kartunis-kartunis jepun manakala Anime pula adalah cerita karton yang diadaptasi daripada manga yang dihasilkan oleh kartunis jepun...Lebih kurang macam tu la

Balik pada sebab yang diatas, biar KB buktikan antara manga dan anime yang meng'hire' Katak sebagai pelakon utama:-------

"Keroro Gunso" ada versi anime dan manga

Keropi- Pun wujud dalam kedua-dua versi...siap macam-macam warna kan
Ni baru beberapa contoh yang KB dapat buktikan pada korang bahawa katak ni sangat special...
macam-macam merchandise yang bertemakan katak yang ada dijual diluar sana...
1) Baju
2) Patung
3)Bantal+cadar+selimut+tuala dll
4)Keychain
5) Layang-layang
6)Lopak pensil aka pencil box (hush, lama dah tak guna nama ni semenjak dari sekolah rendah dulu)
7)Figura (patung-patung kecil berskala 1:10 dan sebagainya
8)Selipar 
9)Topi
10) Pikir la sendiri, manja sangat nak sebut semua, letih KB macam ni.

Jadi??!
Tengoklah betapa glamornya katak-katak ni dan anda semua patut mengubah persepsi masing-masing bahawa katak ini menggelikan, tetapi berpegang lah kepada katak itu comel...

Jadi, KB dapat la menumpang sikit kecomelan kat sini...hehehe...thanks kepada semua katak-katak yang dah glamor di luar sana sebab membantu glamorkan KB skali...heheh

P/S: KB sebenarnya minat katak sebab warna dia hijau dan exotic..bukan sebab dieorang glamor k
       Just tumpang sikit jek..hehehe


3 comments:

Aien Not Alien said...

terbaikkkkkk....tok abah boboiboy suruh cakap...hehe


nice entry...berjaya senaraikan katak2 yang ada..huhu...


lopak pensil...baru ni dapat dengar... :)

Katak Bulat said...

Hehehe...glamor kan katak yang ada kat dunia ni....

Lopak pensil. baru 1st tym dgr ker...dulu guna bahasa tu tym skolah rendah...majoriti orang jawa, so, bahasa jawa kot....

Ca Ezah said...

kawan ca sorang ni dia gila katak gak...tapi dia bukan minat katak sebab hijau..tapi minat hijau sebab katak..dia byk collection keropi..nak tgok kegilaan dia, dia punya blog ni ha.. --> suhasimplelife.blogspot.com

hehe...