Setiap pekerja mesti ada bos...
Tapi tak semua bos adalah jenis masuk air macam korang...
Korang mempunyai bos yang lebih garang dari singa???!
Menyampah tengok muka bos korang yang tak pernah buat muka kerang busuk??!
Pernah terasa nak gigit telinga dia sebab geram??!
Pernah rasa nak bagi kaki percuma dekat boss korang??!
Tapi, jangan sesekali korang cuba perkara diatas yek.
Nanti kaki korang kemana, kerja korang pon kemana.
|
Korang makan gaji buta ker.bla bla bla |
Tapi, ada cara yang lagi berkesan untuk hadapi bos yang tak reti nak senyum dan muka yang menyinga sepanjang hari.
(1) Setiap kali bos buka mulut nak marah, korang buat muka kesian dengan nak menangis. Bila bos marah jek, korang menangis dengan kuat dan teresak-esak siap tarik hingus dalam-dalam.
(2) Buat tak paham bila bos marah dengan buat muka seposen. lagi teruk bos marah korang, kerutkan lagi muka seposen korang sampai bos korang naik 'fedup' untuk marah korang
(3) Elakkan diri dari berjumpa dengan bos. Agak-agak bos nak berselisih jalan dengan korang, alihkan arah perjalanan korang ke tempat lain yang korang rasa dia takkan pergi contohnya 'jonitor room'. Kalau bos lelaki, korang masuk 'toilet' perempuan. Kalau bos korang perempuan, masuk toilet lelaki. Tapi jangan pula yang lelaki nak ambil kesempatan masuk toilet perempuan yek, makan kasut tumit tinggi pulak nanti.
Lagi satu cara nak mengelak jumpa bos, bila dia panggil untuk mengadap, korang bagi alasan sakit perut atau apa-apa alasan lain munasabah. Tapi pastikan buat pada hari jumaat, sebab biasanya sabtu dan ahad bos akan cuti, so, bila masuk hari isnin, dia dah lupa dan tak jadi nak marah korang lagi
(4) Belikan makanan kegemaran bos. bila dia nak marah, hulurlah sebungkus, kalau dia nak marah juga, bagi lagi sebungkus.
|
kerang rebus cicah sambal kicap bes gak ni.. |
(5) Senyum macam kerang busuk bila bos marah korang. Bila dia lagi marah, lagi busukkan kerang senyum korang. Kalau dia mengamuk, korang dah tak payah nak senyum ala kerang busuk lagi, tapi terus gelak sakan sampai boss jadi pelik. Paling teruk pon korang kene label gila, tapi lebih baik dari kene marah kan??
(6) Buat pelbagai aksi yang melucukan ketika bos korang mengamuk sakan. Lagi dasat dia mengamuk, lagi dasatla korang punya aksi lawak sampai bos korang tergelak
(7) Last but not least, Ni merupakan cara terakhir jika kemarahan bos korang tak reda juga walaupun kesemua cara diatas dah dibuat.
Korang lempang jek bos korang dan cari kerja lain. Pas tu dah tak dapat dah bos yang garang
p/s : siapa berani buat, KB belanja makan :P