ASSALAMUALAIKUM & SALAM SEJAHTERA
Lama sungguh rasanya diri ini tidak mengupdate blognya yang sudah sekian lama menyepi,.
Barangkali tuntutan kerja yang terlalu sibuk tidak mengizinkan.
Isu kali ni KB nak share sikit pasal kenaikan gaji kakitangan awam. Penguman PM pada jumaat lepas memang beri kegembiraan pada semua kakitangan awam di Malaysia sebab dapat tambah pendapatan mereka.
Lepas sahaja PM Umum, Ketua Menteri Melaka pula buat pengumuman yang sama nak naikkan gaji kakitangan yang bertugas di peringkat kerajaan negeri. Lagi satu berita gembira buat kakitangan awam peringkat negeri...masyuk la macam ni...
Tapi yang tak sedapnya pula, adakah gaji kakitangan anak syarikat kerajaan negeri juga akan mendapat faedahnya..hehehe, kalau la naik sekali gaji KB, alhamdullah la..tapi kalau sama jek, bukan rezeki namanya.
Lepas ni nak bincang dengan semua staff- staf bawahan untuk minta jasa baik syarikat naikan gaji kami 7-13 peratus juga.....hehehe
Gaji owh gaji |
Kenaikan Gaji Baru 8 Hingga 13 Peratus
4,000 Kakitangan Awam Bakal Terima `Durian Runtuh'
Oleh: HAFIZHAN RAHMAT
AYER KEROH, 8 Mac - Kira-kira 4,000 kakitangan awam di negeri ini bakal menerima 'durian runtuh' selepas kerajaan negeri mengumumkan menaikkan kadar gaji mereka dari 8 hingga 13 peratus.
Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam berkata, kenaikan kadar gaji kepada kakitangan awam di negeri ini selaras dengan pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang menaikkan kadar gaji kakitangan awam dengan kadar sama.
Ujar Mohd Ali, kerajaan negeri akan melakukan perkara sama sepertimana dilaksanakan Kerajaan Persekutuan termasuk kenaikan Elaun Bantuan Sara Hidup (KOLA) dan penguatkuasaan penyelarasan gaji ini yang berkuatkuasa 1 Januari.
"Kerajaan negeri telah memperuntukkan sebanyak RM9 juta sebulan bagi membayar gaji kakitangan awam terlibat.
"Jadi, dengan kenaikan kadar gaji baru ini, kita akan menambah lebih kurang RM10.8 juta setahun dalam belanjawan kerajaan negeri.
"Diharap dengan pengumuman ini akan meningkatkan kadar produktiviti kakitangan awam seluruh negeri dan melegakan semua pihak terlibat," katanya.
Mohd Ali berkata demikian ketika ditemui media selepas menghadiri hari terakhir Persidangan Pertama Penggal Kelima, Dewan Undangan Negeri Kedua Belas di sini, hari ini.
Pengumuman kadar kenaikan gaji bagi penjawat awam telah diumumkan sendiri oleh Najib pada perhimpunan khas bersama penjawat awam di Dewan Perdana Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya di sini, hari ini.
Mohd Ali turut menyifatkan kenaikan kadar gaji seperti yang diumumkan Perdana Menteri itu merupakan satu kenaikan yang adil dan saksama sekali gus memberi motivasi dan semangat kerja lebih tinggi kepada kakitangan kerajaan.
Katanya, kenaikan ini juga selaras dengan hasrat kerajaan mencapai status negara maju berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020.
"Kenaikan gaji dari 8 hingga 13 peratus mengikut gred setiap penjawat awam seperti diumumkan Perdana Menteri sesuatu yang wajar sesuai dengan sumbangan mereka dalam mengecapi pembangnan negara.
"Saya percaya berita gembira ini akan diterima baik oleh semua penjawat awam kerana perkara ini telah dibincang dengan teliti bersama Kesatuan Sekerja (Ceupacs) yang telah mengambil kira pandangan kakitangan awam," katanya.
Pada perkembangan lain, Mohd Ali turut memberi amaran keras kepada mana-mana kakitangan awam yang ditangkap terlibat dengan aktiviti perjudian akan diambil tindakan tatatertib dan mencadangkan agar mereka yang terlibat dipecat.
4 comments:
untung keje gomen...tiap2 tahun naik gaji.....lepas tu rege brg pun naik sekali......
yg gaji swasta nie dok kat takat lama jugak......
tu sebabnyer malas nk pi ngundi.....
perjuangan utk semua rakyat tak sama.....eh betul ke aku ckp nie...? he3
rezeki datang dengan pelbagai cara :) alhamdulillah..
* nak minta KB belanja eskim boleh? :P
Remy: hehe..yg penting usaha keras tok memajukan diri....undi tu hanya satu kewajipan...pemimpin yang kita undi sewajarnya pemimpin yang tepat agar tidak berlaku penindasan terhadap rakyatnya.....
Aida: wah...nak eskrim ker???jom2 datang melaka
untunglahhhh dia...gaji naik belanja pun naik..
Post a Comment