Pages

Sahabat Katak Bulat Yang Sporting Habis

Wednesday 8 February 2012

Si Kaki Bangku


ASSALAMUALAIKUM & SALAM SEJAHTERA

Kaki bangku sering dikaitkan dengan golongan yang tidak pandai bermain bola. 

Kalau korang nak tahu, KB juga termasuk dalam golongan Kaki Bangku juga. Sesuai la tu dengan singkatan nama Katak Bulat=KB=Kaki Bangku. Malu la pulak nak cerita panjang. Ada yang kene kutuk dengan orang dan jatuh la saham KB macam ni.

Dipendekkan cerita, walaupun KB kategori Kaki Bangku, tapi KB turut berpeluang menunjukkan bakat bermain Bola Sepak sebagai pemain pertahanan mewakili pasukan Kelab Media Masa Melaka (KEMM) menentang Persatuan Penulis Sukan (SAM) baru-baru ni. 

Satu tugas yang agak berat juga namun berjaya juga memantahkan beberapa serangan pemain pasukan lawan yang lariannya bukan main laju lagi. Pancit dibuatnya.

Lawan kami bukan calang-calang pasukan berikutan mereka semua pernah memasuki beberapa perlawanan bola sepak peringkat yang lebih tinggi (bukan liga Malaysia).

Pasukan kami hanyalah pasukan yang baru pertama kali beraksi bagi permainan ini dan tanpa segan silunya kena bantai 7-0.

Tapi tiada masalah, tujuan asal bukan mahu menunjukkan kehebatan bermain bola, tetapi menerapkan nilai-nilai perpaduan di kalangan para peserta.






Ala-ala pasukan Real Madrid, Pasukan KEMM tetap memberi saingan mantap
Walaupun teruk dibelasah 7-0, pasukan KEMM tetap mampu bergembira dan tersenyum riang



P/S: Perlawanan kami turut disiarkan di Buletin Utama 5 Februari lepas dalam segmen sukan...

P/S/S: KB ada terselit gak.....hehehe

7 comments:

Diari Si Froggie said...

tak ada la kaki bangku sangat..pandai jugak la KB main bola. hihi. walaupun 7-0 pengalaman banyak dapat kan? kan? hihi..yg mana KB yang budak pakai baju hijau kuning tu ke? :P

Katak Bulat said...

mmg tak reti la aida, sepak bola pon pengkau, sepanjang main tu, hanya sentuh bola 3 kali jek...terbaik x...hehehe

hush, tua sangat baju oren hijau tu....KB duduk dua dari kanan....gaya dah ada pemain bola da...tp hampeh bila main...hehehe

Aien Not Alien said...

wahhh...main bola...


kan selalu gak prektis men futsal...pancit jugak ke? huhu

Katak Bulat said...

cik Aien: ala, praktis seminggu sekali jek...mana tak pancit..kalo ari2 praktis, mungkin membantu....\

Ca Ezah said...

ok letew reti gak main ape..ca lagi la..kenangan pahit time sekolah...cikgu,kawan2 semua cakap ca ni patung kat tengah gelanggang...haram 1 bola pon x reti main..bola datang pi elak..hehe...

tp skang bowling leh la main..bola jugak kan? :p setakat nak jd juara longkang, no hal la.. hahaha

Katak Bulat said...

Ca: haha..kita boleh jadi satu team la cm ni, duduk tengah padang tanpa melakukan sebarang aksi..

boling tu standard r kalo masuk longkang..serupa jek kita.

Amirul said...

Sejak bila ko reti main bola pulak ni hawau