Sahabat Katak Bulat Yang Sporting Habis

Sunday, 13 November 2011

Orang Pakai Seluar Dalam

Assalamualaikum & Salam Satu Malaysia

Malam Semalam bersamaan 12.11.11 bertempat di Jonker Walk Melaka, satu lagi assingment yang telah diarahkan kepada KB yang memberi satu pengalaman yang menarik dan menggelikan mencuit hati.

Mungkin ada sesetengah orang akan menganggap sebagai seksi atau mampu memberi daya tarikan pada meraka, namun pada KB, ia tetap satu jenis perkara baik dan sihat jika dibandingkan terlibat dengan perkara yang negatif.

Malam tu, KB telah buat liputan mengenai Kejohanan Bina Badan Sedunia Kali ke-3. Bila sebut pasal bina badan, mesti la korang akan terfikir pasal orang berotot sasa yang menayangkan body masing-masing hanya dengan memakai spender aka seluar dalam.

Kita jangan lihat perkara ini sebagai perkara maksiat, tapi lihat dari sudut sukan yang mampu mengharumkan nama negara. Sekurang-kurangnya, mereka yang terlibat dalam pertandingan tu menutup alat sulit masing-masing dan tak melakukan perkara sumbang di khalyak ramai seperti berpelukan antara pasangan bukan muhrim, cium mulut dan ada gak yang buat aksi ringan-ringan dalam dekat taman permainan, dalam kereta, lif dll.

Jadi, dalam entry kali ni, KB kongsi dengan korang dengan apa yang KB lalui malam tadi.





Macho tak abang-abang kita ni...hehehe

Apa yang menarik, pemegang gelaran Mr. Universe sebanyak 7 kali turut beraksi pada kejohanan ni dan beliau mendapat sorakan yang memberangsangkan daripada penonton yang hadir




Kejohanan Bina Badan Sedunia Ke-3
Sazali Ungguli Tempat Kelima

Oleh: HAFIZHAN RAHMAT

BANDARAYA MELAKA: ATLET Bina Badan Negara, Sazali Abdul Samad gagal meraih gelaran Mr Universe buat kali ke-7 apabila hanya mampu menduduki tempat ke-5 dalam Kejohanan Bina Badan Sedunia Ke-3 berakhir semalam.
Kegagalan Sazali meraih geralaran tersebut telah memberi peluang kepada peserta Iran, Moharam Panahi buat pertama kali berjaya menyandang gelaran Mr Universe.
Kehebatan Sazali dalam sukan ini mampu menarik perhatian para juri pertandingan apabila atlet berusia 44 tahun ini menggondol pingat emas dalam Kategori Lightweight 70 kilogram (kg) dengan mata terkumpul sebanyak 10 mata.
Sazali dengan aksinya
"Walaupun berada di tempat kelima, saya bangga kerana masih mampu dan boleh capai ke tahap ini dan masih lagi boleh mengekalkan perjuangan meraih tahap lebih tinggi," katanya kepada pemberita di Jonker Walk di sini, malam tadi.
Anggota polis berpangkat sarjan mejar itu telah menyandang gelaran Mr Universe pada tahun 2000, 2004, 2006, 2007, 2009 dan 2010.
Beliau juga merupakan juara Mr Asia tujuh kali (1996, 1998, 1999, 2000, 2004, 2009 dan 2010) dan dua kali memenangi Kejohanan Persekutuan Bina Badan Dunia (2009 and 2010). 
Sementara itu, rakan sepasukan Sazali, Wong Hong telah beraksi cemerlang apabila berjaya menduduki tempat ketiga Mr Universe seterusnya mencipta kejayaan pertama buat dirinya.
"Ini adalah kemenangan pertama saya dan ianya kejayaan paling manis buat diri saya setelah 22 tahun menceburkan diri dalam sukan bina badan ini" katanya yang juga pemenang pingat emas bagi Kategori 100kg dalam kejohanan berkenaan.
Wong berkata, cabaran kali ini hebat, di mana kesemua peserta bertanding memberikan saingan hebat terutama peserta dari negara Eropah dan negara Asia Barat.
"Saya juga tidak menyangka boleh mencapai tahap yang tinggi seumpama ini kerana harapan saya hanya memperoleh tempat kelima," katanya.
Sasa siot badan Sazali
Iran telah berjaya menduduki tempat pertama dalam kejohanan yang berprestij ini bagi Kategori Negara dengan mata terkumpul 106 mata.
Malaysia turut memberi saingan hebat apabila kekurangan empat mata berbading Iran, sekali gus mendapat tempat kedua secara keseluruhan dengan pungutan 102 mata, manakala Thailand di tempat ketiga dengan pungutan 42 mata.
Seramai 89 peserta dari 38 negara telah menyertai kejohanan tersebut.
Majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Yang di-Pertua Negeri, Tun Mohd Khalil Yaakob diiringi Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam; Setia Usaha Persatuan Sukan Bina Badan dan Fizikal Dunia, Paul Chua dan Presiden Persatuan Bina Badan Malaysia, Datuk Wira Gan Boon Leong.
Sazali dan Wong bakal menyertai kejohanan Pro Amateur Classic yang akan berlangsung di Singapura pada 16 November ini dan akan melakukan persembahan terbaik demi mengharumkan nama negara.


Mohd Khalil dan Mohd Ali menjulang Sazali selepas jadi johan kategori 70kg
agak-agak kalau dia pukul korang apa jadi ek??
Mohd Khalil menyampaikan hadiah kepada sazali


Mohd Ali menyampaikan piala kepada wakil Pasukan Kebangsaan yang menyandang tempat ke-2 kategori negara

Ni pula Mr Universe bagi tahun 2011 dari Iran

p/s: Gambar KB dengan Sazali dan Hong akan akan KB upload dalam entry yang akan datang 
         

5 comments:

Aien Not Alien said...

aiyakkkkk....ketul2....adehhh..


kenapa makin ditengok makin geli2 terasa...hahahaha

Tira Pengemis Maganda said...

geli tgk..hahhaa

Katak Bulat said...

Aien: Hehehe....dah tahu geli jgn la makin tengok.just untuk cuci mata jek..heheh

Tira: hahaha...nsb bek bdn KB tak macam tu, t ramai lak yg geli ngn KB..heheh

NH said...

Haha,, credit to my slr bcoz brjya tngakp gmbr2 sexxsy nie hua3..

Katak Bulat said...

Kredit pada owner die gak sebb bg pnjam hubby dia...tahniah...