Sahabat Katak Bulat Yang Sporting Habis

Tuesday, 27 September 2011

Katak Bawah Tempurung




"Katak Di Bawah Tempurung"

Mungkin korang tertanya-tanya, apa yang aku nak sampaikan kali ni, tapi kalo korang tak nak amik tahu pon takpe, saje buang masa aku sendiri untuk kongsi pada mereka yang nak berkongsi

Entry aku kali ni nak cakap pasal Katak Di Bawah Tempurung, dan kebetulan nak kaitkan dengan nama blog aku, 'Dunia Bawah Tempurung'

Pepatah Melayu ni bermaksud:-
Orang yang cetek pengetahuannya
Contoh ayat:-
Mak Jemah seperti katak di bawah tempurung kerana dia langsung tidak mengetahui perkembangan dunia.

Persoalannya, masih relevent ke kalau kita nak gunaka pepatah ni pada zaman yang serba canggih lagi moden ni??? Korang mesti ada ipad, iphone, bb macam-macam lagi, tapi aku hanya mampu memili 3310 yang tahan lasak

Jom fikir sama-sama

Apa yang mamat ni fikir agaknya??!


Aku berpendapat, perkara ni bergantung kepada keadaan seseorang itu sendiri
Kalau orang yang macam aku ni, duduk kat 'Dunia Bawah Tempurung' , rasanya x relevent dah nak guna pepatah tu

Kenapa??!

Jawapannya senang je wahai adik-adik, abang-abang dan kakak-kakak sekalian
Ni dunia aku, aku punya suka la nak duduk dekat mana, lagipun aku tak menyusahkan orang lain kan? maaf kalau macam kasar ayat aku ni.

Walau aku duduk bawah tempurung skali pun, aku masih tahu pasal dunia luar, sebab tempurung aku ada utiliti yang cukup seperti internet, air, elektrik, dan telefon canggih kan?
PS2 pon ada kot, 'ketinggalan la mamat ni, mana orang main PS2 lagi'

Dengan menggunakan jari-jari melekit aku ni dah boleh tahu pasal dunia, guna aje search engine yang dah dicipta untuk kemudahan korang semua, so, apa masalahnya lagi kan??!

Kita ada google, yahoo, msn, dan made in malaysia, blue hyppo, aku tak pasti wujud lagi ke tak search engine yang berkonsepkan badak gemuk biru ni, tu pun kalau korang sedar akan kewujudannya

So, tak salah kan kalau aku duduk dalam tempurung..

Cuma, janganlah pula dah ada semua kemudahan tu, korang semua tak payah keluar rumah pula, ni satu kebodohan segelintir masyarakat kat dunia ni, tak campur orang lain, just duduk rumah, online, nampak gaya orang kampung tak kenal kau, kau pun tak kenal orang kampung

so, pandai-pandai la korang nak hidup bermasayarakat

psst: So far aku kurang gak bergaul dengan orang kampung, tapi masih lagi kenal orang kampung

2 comments:

AIEN NOT ALIEN said...

luar tempurung dalam banglo.. ^_^"


amacam tempurung baru? hihi..

Katak Bulat said...

Of Coz i like this tempurung...lebih ceria dan ringkas...x berat mata memandang.....terima kasih ek A.N.A,
masuk ni dah ntah yang berapa kali ucapan terima kasih agaknye..hehe