Sahabat Katak Bulat Yang Sporting Habis

Friday, 8 June 2012

7 Petala Langit, 7 Petala Bumi & 7 Jahitan

SALAM SEJAHTERA & SALAM 1MALAYSIA


budak-budak sengal yang turut serta dalam percutian ke pangkor baru-baru ini tidak termasuk jurugambar

Oleh kerana salah seorang rakan blogger iaitu cik Aida Omar sudah bertanyakan kisah mata KB yang semakin comel akibat satu insiden menimpa diri baru-baru ini, terpaksa la cerita kat sini


Sakit memang sakit, tapi pengalaman lagi penting, bila lagi nak rasa perkara macam ni kan

Ada 3 versi cerita yang akan diceritakan, korang pandai-pandai la nilai mata betul yek, saja nak test korang.
alasan je tu, sebenarnya nak cover malu....



7 petala langit, 7 petala bumi dan 7 jahitan



CERITA 1


KB bercuti ke Pulau Pangkor baru-baru ini bersama beberapa rakan media. Dipendekkan cerita, KB kene belasah dengan budak-budak nakal kat sana sebab dituduh buat perkara tidak senonoh.


 5 vs 1


Dah lima lawan satu, macam mana nak menang ye tak. tu pun banyak gak KB elak, tapi yang last gak kena.


Dah tengok darah meleleh-leleh jatuh, budak-budak tu semua apa lagi, cabut la. tu yang kena 7 jahit..waa, sakit siot.


bila cerita balik kat kawan-kawan, semua tak percaya...Korang percaya tak???/




CERITA 2

Di lokasi yang sama, sedang seronok-seronok menjalankan aktviti snokerling di Pulau Giam, menghayati keindahan ikan-ikan yang sedang berenang, KB tak perasan dah hampir dengan batu, tak sempat mengelak, ombak agak kuat masa tu, terus muka hensem ni hentam batu @ batu karang kat sana. 

Ingatkan tiada apa-apa berlaku, tapi bila naik kat permukaan, kawan-kawan dah suruh naik darat, dieorang cakap kepala kau dah koyak 'dowh'.

Tanpa pikir panjang, terus keluar dan dikejarkan ke klinik kesihatan terdekat untuk dapatkan rawatan selanjutnya selepas dapat rawatan kecemasan bersihkan luka dari seroang hamba Allah yang prihatin masa tu.


CERITA 3

luka sebelum dijahit guna masin jahit
kredit to mr medical asistant & nurse yang tolong masa tu
Masih di Pulau yang sama, tapi kali ni cerita dia KB tengah  seronok mandi kat swiming pool, konon nak tunjuk aksi atlet SUKMA buat terjun bebas...bajet kedalaman kolam tu 5 meter, padahal satu meter jek.

Last-last amek kau, terjun pacak kau dapat. Apa lagi, terhantuk la kepala dekat dasar kolam renang yang dalam sangat tu kan.

luka selepas mendapat 7 jahitan...
nurse bertugas siap bagi peluang amek gambar 
Bagun-bangun kepala dah miong, member dah 'sound' kepala berdarah. 

Dengan muka selumber siap gelak-gelak lagi, keluar dari kolam terus dapatkan rawatan kecemasan. Nasib baik kawan-kawan ada tolong, kalau tak, ada yang kurus kering sebab hilang banyak darah.

terus masuk bilik salin, dan dikejarkan ke sick bay pangkor. Bukan naik ambulance ke apa, tapi kene sewa motor la pulak, terbang dah RM30 tok sehari sewa.

Mula-mula taknak kene jahit, tapi atas nasihat kawan-kawan dan medical asistant di sana, kene la juga jahit. so kene la 7 jahitan dekat dahi ni hah....dah jatuh saham...

sempat snap gambar di jeti lumut dengan salah seorang rakan

Mana satu cerita yang betul, hanya kami 8 orang jek yang tahu....dari cerita 1 - 3, semua KB cerita dekat orang. But most of them believe to story 2. Alamak, terbagi hint pulak.











Antara pengangkutan utama terdapat di Pulau Pangkor, 'Pink Taxi'




p/s: excited sangata pergi bercuti, inilah akibatnya. muka pun dah tak hensem dah

walaupun sakit akibat luka tu, tapi KB tetap enjoy sebab dapat lupakan segala masalah kerja.
tapi memang best pergi pangkor, lain kali akan pergi lagi kalau ada rezeki, insyaalah