Sahabat Katak Bulat Yang Sporting Habis

Monday, 7 November 2011

Duniaku - Si Hafizhan Rahmat

Assalamualaikum & Salam Sejahtera
Dunia si HAFIZHAN RAHMAT


Hai korang semua, bila dah start membebel dalam ni, kompom empunya diri tak boleh nak berhenti membebel sendiri umapa dunia ni ana yang punya...Opsss, bukan ana Aien Not Alien ek, tapi ganti nama diri pertama, yang mewakili saya, aku, den, cik I dan macam-macam lagi.

Mungkin ada antara korang yang folow KB sama ada secara terang-terangan atau silence bloger yang mengikuti perkembangan KB ni nak tahu serba sedikit tentang KB, apa yang KB buat dalam kehidupan seharian dan macam- macam perkara lagi.

So, this time, i will introduce litle thing about myself in this blog, adoi, speaking lak mamat ni. Dah la speaking terabur, mana present mana past tense pon tak tahu..hehehe...



Ok, back to basic.

-Nama dalam I/C, surat beranak, brang OMR UPSR,PMR, SPM, STPM dan lain-lain akan tertulis nama sebenar KB iaitu HAFIZHAN RAHMAT

-Umur KB adalah rahsiah, just boleh bagi tahu dekat sini yang KB lahir tahun 1987. So agaknya kan, cuba korang teka, berapa umur KB, sudah sementinya 18 tahun...dan masih muda...cayalah KB.

-Nama Katak Bulat ni wujud tak tahu bila, tiba-tiba nak menggedikkan diri guna nama tu walhal ada nama yang lagi baik dan elok tapi tetap guna nama ni.

- Tapi, kalau korang nak tahu, nama ni dah melekat dah sampai makcik-makcik KB sendiri panggil KB Katak Bulat ataupun abg katak.

-Masa sekolah dulu, ada yang panggil Hafiz, pijan, fizan, janpi, bulat, jawa, dan macam-macam lagi nama yang sedap dipanggil oleh budak-budak masa zaman sekolah dulu. tapi yang masih melekat sampai sekarang adalah PIJAN@FIZAN@HAFIZ.

Hobi masa kecik-kecik suka kumpul setem, tapi la ni, ntah mana agaknya setem2 yang dikumpulkan tu.

Dulu seorang yang panas baran, suka marah-marah, kadang-kadang maki orang pun pernah gak. Mungkin yang baru kenal KB tak akan percaya yang KB ni panas Baran sebab KB yang sekarang jauh berbeza dengan KB yang dulu.

Maklum la, dulu KB ni antara orang yang penting masa dekat sekolah dulu, tiada orang lain yang layak untuk dilantik sebagai wakil pelajar atau lebih dikenali sebagai Ketua Pengganas Pengawas. Bukan nak berlagak tapi itula hakikatnya, KB kene terima tanggungjawab berkenaan untuk kemajuan sekolah sendiri. Dua kali dilantik, sekolah rendah dan sekolah menengah. memang ia patut dibanggakan oleh orang tapi tanggugjawab dan tekanan yang diterima oleh KB memang tak boleh ditahan, maklum r, kita perlu menghadapi murid-murid yang kurang disiplin ni, mana yang nak carik gaduh dengan KB dan macam-macam lagi..Kenangan semua tu, itulah penyebab KB jadi seorang yang panas baran..

During my graduation day with my parent
KB ambil STPM, Sijil Tunggu Pinangan Tinggi Pelajaran Malaysia pas tu layak melanjutkan pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda Komunikasi (Perhubungan Awam)(Kepujian) di Universiti Teknologi MARA (UiTM) atau student UiTM akan panggil Mascom. 

Jadi sasaran peluru atau orang ramai wartawan ni ek??

Ingat abis je belajar boleh jadi seorang GRO PRO yang berjaya, Public Relations Officer, tapi rezeki takde dalam dunia PR buat masa ni, so, rival kepada sequence PR iaitu Journilsm yang KB selalu kutuk-kutuk dulu waima duduk serumah dan sebilik serta berkawan baik dengan budak2 journ, akhirnya, tercampak la KB dekat dunia kewartawanan sepenuh masa sebagai wartawan di Malaysia Melaka Hari Ini (MHI).

Mula-mula kerja memang la terasa amat bodoh sangat-sangat, sebab masa belajar dulu dilatih untuk menjadi PR yang berjaya, jaga reputasi syarikat, creadibility syarikat dll, tapi dengan pengalaman yang kosong dalam dunia ni, terjerumus juga KB dalam dunia ni.

Mula-mula interview jek ingat hati boleh senang sebab dah berjaya mendapatkan kerja dengan sekali percubaan interview, tapi rupanya, abis jek interview dengan Pengarang Eksekutif MHI atau dikenali dengan panggilan Abang BO berikutan kepalanya yang botak...Dipanggil lak oleh editor untuk percubaan buat story.

Mula-mula memang macam haram la, belum apa-apa dah kene maki hamun....biasa la tu dalam dunia wartawan, akhirnya, KB berjaya juga membuat story sendiri tanpa mengharapkan bantuan mana-mana pihak.
Kalau kene marah tu memang wajib sebab ia adalah untuk mengajar kita untuk menjadi yang terbaik...terima kasih kepada mereka yang memarahi KB.

Itulah akhirnya, sekarang ni KB merupakan seorang wartawan yang perlu buat semua perkara tak kisah la crime, sport, general, dll, semua kene buat.

Pengalaman yang paling menarik adalah dapat bertemu dengan tokoh-tokoh pemimpin negara termasuk PM, TPM, Ketua Menteri Melaka, Menteri-menteri dan Timbalan Menteri, Best wo, bukan senang dapat jumpa diaorang..memang satu pengalaman yang menarik.

Satu lagi kan, apa yang KB nak share kali ni adalah:-

Kalau korang menggunakan perkhidmatan awam seperti Komuter, Bas, teksi atau berada di tempat awam, cuba korang jerit, Siapa antara korang yang bekerja sebagai guru, doktor dan lain-lain, Setiap daripada mereka mesti ada wakil...

Tapi cuba korang tanya siapa antara kalian adalah wartawan, mesti tiada yang akan menjawab, sebab kami sebagai wartawan merupakan golongan yang kecil dan tidak ada di semua tempat...nak jumpa kitaorang hanya di tempat kemalangan, mahkamah, funtion2 besar dll tempat yang berkenaan.

So, itu perkara yang amat membanggakan KB sebagai seorang wartawan...

-tamat-

P/S: Ada orang cakap, PR yang baik lahir dari seorang wartawan yang baik, so KB berpegang pada kata-kata orang tu... 

6 comments:

si robot comel said...

waaahhh cayalahh KB ni, wartawan tu, tabik-tabik.

dulu teringin nak jadi wartawan sebab selalu dpt informasi2 cepat je

si robot comel said...

waaahhh cayalahh KB ni, wartawan tu, tabik-tabik.

dulu teringin nak jadi wartawan sebab selalu dpt informasi2 cepat je

Katak Bulat said...

hehehe...terima kasih...best jadik wartawan ni..tp jd chef pon best gak per..ley jadi selebriti..yer x?? rezki masing2 wahai robot karat oi..hehehe

misTeaRed said...

hye janpi!!! hehehe...

Aien Not Alien said...

hai incik wartawan... :)

Katak Bulat said...

Teh merah: Hai miss teh merah...terima kasih kerana sudi singgah

A.N.A: hai aien san...long tym no see