Pages

Sahabat Katak Bulat Yang Sporting Habis

Tuesday 27 September 2011

Apa Dah Jadi??!


Asalamualaikum & Salam Sejahtera,
Salam 1Malaysia

Hai korang sumer, Katak Bulat A.K.A KB nak share sesuatu dengan korang ni, so, kalo rajin, baca-bacalah untuk tambah ilmu pengetahuan masing-masing.
KB hanya nak berkongsi je....

Pernah tak anda semua teringin nak pergi atau bercuti ke pusat-pusat peranginan yang cantik dan menarik seperti ini:-


-Suasana seperti berada di luar negara-

Mesti korang akan terbayang indahnya dunia kalau dapat pergi tempat yang macam ni dan seangkatan dengannya.

Kalau KB mesti la teringin, bohong la kalau tiada perasaan nak pergi kan, betul tak??!

Jadi, dengan kemudahan internet, wifi, bb, iphone, ipad dan lain-lain lagi, korang pon merajinkan diri untuk mencari maklumat ataupun merancang untuk pergi ketempat yang berkenaan.

Pemandangan diatas merupakan pemandangan kolam mandi yang terdapat di Tanjung Bidara Beach Resort.
Wahhh, dekat dah dengan rumah...

Korang pun terus la rancang untuk bercuti dengan keluarga dan bermalam di resort berkenaan.
Anak-anak dah besorak dah ni, isteri pula dah senyum lebar ala-ala Ronald Mc'Donald, cuti pun dah diluluskan oleh bos, jadi bermulalah detik-detik indah korang nak pergi bercuti dengan keluarga yang tersayang.

Sampai je dekat destinasi yang dituju, senyuman Ronald Mc'Donald tadi bertukar jadi senyuman ayam yang tertelan kapur (macam mana rupanye ek),
Sorakan anak-anak pula bertukar menjadi tangisan dan tanda tanya.
Terdetik dekat hati, biar betol??! Apa dah Jadi??!

Jadi, berbalik pada tajuk diatas, suasana indah seperti dalam syurga dunia tu dah bertukar jadi ala-ala macam ni :-
\/
|
|
|
|
|
|
|

V


Kolam yang anak-anak nak mandi jadi dah dikuasai jentik-jentik yang comel



Wakaf yang boleh jadi tempat lepak jadi tempat 'jin' berpesta

Perg....Macam-macam la ayat yang keluar dari mulut korang kan bila cuti yang dirancang jadi macam ni.

Itulah hakikatnya yang terjadi kepada Tanjung Bidara Beach Resort
Sebuah Resort yang terkemuka di Melaka suatu ketika dahulu dan telah dirasmikan oleh mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad pada tahun 1985.
KB pun belum wujud lagi didunia ni, tapi tempat ni dah wujud.

Sayangkan tempat yang cantik dan menarik boleh berakhir sedemikian.

Tapi jangan risau, setelah tiga tahun terbiar tanpa sebarang penjagaan, sampai rumput naik, berjuta-juta nyamuk dah lahir dari kolam tu, dah macam-macam jenis 'mat pit' yang singgah bersarang, katak-katak yang berkeluarga dekat situ KB tak tahu ada ke tidak.
Insyaallah menjelang hujung tahun 2011 ni, dibawah pengurusan baru, Selangor Melaka Indonesia (SMI) Malaysia Sdn. Bhd., tempat ni akan jadi seperti tempat yang baru, mungkin lebih cantik dan dabomb dari dulu.
Sama-sama kita berdoa moga tempat yang cantik dan berpotensi yang tinggi untuk menggalakkan kehadiran pelancong di negeri ini akan beroperasi seperti sedia kala.

-Tamat-

Eh, dah macam buat berita dekat MHI lak (^^,)
siap promot lagi, Buka Tempurung kalau nak baca berita-berita yang pernah KB buat dalam tu.


psst: KB pun tak tahu tempat ni jadi macam ni walaupun duduk dalam Melaka
Ada juga kelebihan pergi 'asigment' pagi ni, dapat maklumat baru.

*Tapi ada seorang kawan KB lagi dasyat, nama jek duduk dan bekerja di Melaka,
Tapi tak pernah sampai Perigi Hang Tuah dan tak tahu langsung pasal Jonker Walk,

Terbahak-bahak KB bila dia buat pengakuan tu.

Jangan risau yek orang yang berkenaan, bila ada masa terluang, KB bawa awak jalan kat situ sebagai tanda terima kasih sebab buatkan blog yang baru untuk KB menceritakan pandangan KB di Dunia Bawah Tempurung.

Pesanan untuk orang yang berkenaan :- KB tak dapat janjikan apa-apa untuk anda, tapi kalau ada peluang, nanti kita jalan-jalan ditempat yang disebutkan tadi + coffe sama-sama ek. Tu pun kalau awak sudi.

psst sekali lagi:- kene tarharu tau wahai insan yang berkenaan??!

5 comments:

Aien Not Alien said...

sayang seribu kali sayang bila tempat cantik bertukar rupa....boleh jadi percutian ngeri seumur hidup..hihi..


KB...Jonker Walk tu tempat jual2 barang, macam Petaling Street... Perigi Hang Tuah tu ada perigi..

Tau la...kesian kawan KB tu, tak pernah pergi sana..bawak la dia... hahaha...

Katak Bulat said...

Tu la, mmpi ngeri pada seluruh rakyat melaka...

bagus betol la A.N.A ni, tahu r gak pasal tempat2 tu, tp mmg betol, KB kesian sgt dengan Kawan sorang tu, ap la nasib die kan..hahaha

Amirul said...

haha...mcm biase je aku tgk tempat nie pijan.....ape..sape la tokey dier...dulu kat sini la aku selalu lepak..

Amirul said...

Oi..pijan..ko nk ngurat sepupu aku eh??

Katak Bulat said...

Mesti r ko kenal..aku sendiri tertakasima melihat keadaannya....