Sahabat Katak Bulat Yang Sporting Habis

Sunday, 4 December 2011

7 Wasiat Raja-Raja Melayu

ASSALAMUALAIKUM & SALAM SEJAHTERA

Raja-raja Melayu 


"KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN
KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA
KELUHURAN PERLEMBAGAAN
KEDAULATAN UNDANG-UNDANG
KESOPANAN DAN KESUSILAAN"



Lima prinsip rukun negara diatas sudah semestinya korang semua pernah dengar dan tahu akan kewujudannya. 


Ada antara kita yang menghayatinya dan ada juga antara kita yang hanya menghafal dan membacanya waktu perhimpunan sekolah semata-mata tanpa mendalami maksud disebaliknya.


Tapi...


Pernah tak korang tahu pasal wasiat yang diberikan oleh raja-raja Melayu kepada rakyat Malaysia sekalian khususnya kepada masyarakat Melayu yang menjadi penduduk asal Malaysia 


Antara 7 wasiat Raja-Raja Melayu yang tertulis adalah: -


1 - Kami namakan dan kami panggil akan dia bumi yang kamu pijak dan langit yang kamu junjung 'Persekutuan Tanah Melayu' (sekarang dikenali dengan dana Malaysia) 


2 - Kami isytiharkan dan kami simpan untuk kamu dan kami benarkan kamu isytiharkan dan simpan untuk anak cucu kamu, simpanan Melayu sehingga nisbah 50 peratus selebihnya kamu rebutlah bersama-sama kaum lain.


3 - Bagi menjaga kamu dan bagi melindungi anak cucu kami serta hak milik kamu, kami tubuhkan 'REJIMEN ASKAR MELAYU' selain untuk membenteras kekacauan dalam negara dan ancaman dari luar negara.


4 - Kami kekalkan dan kami jamin kerajaan dan kedaulatan Raja-Raja Melayu memerintah negara ini

5 - Kami istiharkan 'ISLAM' adalah agama Persekutuan

6 - Kami tetapkan 'BAHASA KEBANGSAAN' ialah 'BAHASA MELAYU'

7  - Kami amanahkan dan kami pertanggungjawabkan kepada Raja-Raja Melayu untuk melindungi 'KEDUDUKAN ISTIMEWA ORANG MELAYU' dan 'KEPENTINGAN SAH KAUM-KAUM LAIN' (Kemudian ditambah kedudukan istimewa anak Negeri Sabah dan Sarawak) 


Kalau diteliti & diamati setiap wasiat yang dinyatakan penuh dengan maksud yang tersirat.

Apa pandangan korang tentang wasiat ni???

p/s : KB masih dalam proses untuk memahami segala isi kandungan wasiat tu. Ia tak bukan sekadar wasiat yang hanya nampak pada bentuk ayat semata-mata tapi maksud dalam ni sungguh mendalam

5 comments:

Aien Not Alien said...

keistimewaan orang melayu & agama Islam dipelihara sebaik mungkin walaupun orang melayu berkongsi bumi bertuah ini dengan kaum-kaum lain...

Katak Bulat said...

Yeah...pijan bersetuju...walauapapun, kita masih lagi memberi ruang & tempat pada yang lain untuk hidup selesa

apa pun, kita patut berhati2 lebih2 lagi pada waktu sekarang ni...

Munnafendy said...

betul kata katak bulat, skrg ni bahasa melayu n agama rasmi seakan2 diperkotak katikkan..

Aida Omar said...

setuju dengan kamu.. orang sekarang kurang sifat menghayati, mengeji ada lagi.. sebab tu hilang sudah identiti melayu tu sebab org melayu sendiri.

Katak Bulat said...

Munnafendy: tahu xpe..ada sahaja golongan yang cuba main2kan agama...kalo agama lain kita ley terima lagi...tp ada pulak orang islam sendiri yang ntah ap2 jatuhkan agama sendiri...dunia

aida omar: yep..betul2, agaknya perlu ker terjadi kembali kejadian 13 mei baru nak sedar...