Pages

Sahabat Katak Bulat Yang Sporting Habis

Showing posts with label Umum. Show all posts
Showing posts with label Umum. Show all posts

Sunday, 11 March 2012

Gaji Owh Gaji. Kami bila Lagi

ASSALAMUALAIKUM & SALAM SEJAHTERA

Lama sungguh rasanya diri ini tidak mengupdate blognya yang sudah sekian lama menyepi,.
Barangkali tuntutan kerja yang terlalu sibuk tidak mengizinkan.

Isu kali ni KB nak share sikit pasal kenaikan gaji kakitangan awam.  Penguman PM pada jumaat lepas memang beri kegembiraan pada semua kakitangan awam di Malaysia sebab dapat tambah pendapatan mereka.

Lepas sahaja PM Umum, Ketua Menteri Melaka pula buat pengumuman yang sama nak naikkan gaji kakitangan yang bertugas di peringkat kerajaan negeri. Lagi satu berita gembira buat kakitangan awam peringkat negeri...masyuk la macam ni...

Tapi yang tak sedapnya pula, adakah gaji kakitangan anak syarikat kerajaan negeri juga akan mendapat faedahnya..hehehe, kalau la naik sekali gaji KB, alhamdullah la..tapi kalau sama jek, bukan rezeki namanya. 

Lepas ni nak bincang dengan semua staff- staf bawahan untuk minta jasa baik syarikat naikan gaji kami 7-13 peratus juga.....hehehe


Gaji owh gaji





Kenaikan Gaji Baru 8 Hingga 13 Peratus
4,000 Kakitangan Awam Bakal Terima `Durian Runtuh'


Oleh: HAFIZHAN RAHMAT


AYER KEROH, 8 Mac - Kira-kira 4,000 kakitangan awam di negeri ini bakal menerima 'durian runtuh' selepas kerajaan negeri mengumumkan menaikkan kadar gaji mereka dari 8 hingga 13 peratus.


Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam berkata, kenaikan kadar gaji kepada kakitangan awam di negeri ini selaras dengan pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang menaikkan kadar gaji kakitangan awam dengan kadar sama.


Ujar Mohd Ali, kerajaan negeri akan melakukan perkara sama sepertimana dilaksanakan Kerajaan Persekutuan termasuk kenaikan Elaun Bantuan Sara Hidup (KOLA) dan penguatkuasaan penyelarasan gaji ini yang berkuatkuasa 1 Januari.


"Kerajaan negeri telah memperuntukkan sebanyak RM9 juta sebulan bagi membayar gaji kakitangan awam terlibat. 


"Jadi, dengan kenaikan kadar gaji baru ini, kita akan menambah lebih kurang RM10.8 juta setahun dalam belanjawan kerajaan negeri.


"Diharap dengan pengumuman ini akan meningkatkan kadar produktiviti kakitangan awam seluruh negeri dan melegakan semua pihak terlibat," katanya.


Mohd Ali berkata demikian ketika ditemui media selepas menghadiri hari terakhir Persidangan Pertama Penggal Kelima, Dewan Undangan Negeri Kedua Belas di sini, hari ini.


Pengumuman kadar kenaikan gaji bagi penjawat awam telah diumumkan sendiri oleh Najib pada perhimpunan khas bersama penjawat awam di Dewan Perdana Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya di sini, hari ini.


Mohd Ali turut menyifatkan kenaikan kadar gaji seperti yang diumumkan Perdana Menteri itu merupakan satu kenaikan yang adil dan saksama sekali gus memberi motivasi dan semangat kerja lebih tinggi kepada kakitangan kerajaan.


Katanya, kenaikan ini juga selaras dengan hasrat kerajaan mencapai status negara maju berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020.


"Kenaikan gaji dari 8 hingga 13 peratus mengikut gred setiap penjawat awam seperti diumumkan Perdana Menteri sesuatu yang wajar sesuai dengan sumbangan mereka dalam mengecapi pembangnan negara. 


"Saya percaya berita gembira ini akan diterima baik oleh semua penjawat awam kerana perkara ini telah dibincang dengan teliti bersama Kesatuan Sekerja (Ceupacs) yang telah mengambil kira pandangan kakitangan awam," katanya.


Pada perkembangan lain, Mohd Ali turut memberi amaran keras kepada mana-mana kakitangan awam yang ditangkap terlibat dengan aktiviti perjudian akan diambil tindakan tatatertib dan mencadangkan agar mereka yang terlibat dipecat.

Saturday, 18 February 2012

Carik Geng Katak

ASSALAMUALAIKUM & SALAM SEJAHTERA


SETELAH BEBERAPA BULAN MENCEBURI DUNIA BLOG NI, RAMAI GAK KAWAN-KAWAN YANG KB DAH BERKENALAN, MACAM-MACAM BLOG KB DAH LAWAT, MACAM RAGAM KB JUMPA.

TAPI YANG BEST TU, TAK SANGKA, RAMAI GAK BLOGER-BLOGER YANG MEMINATI KATAK DAN MENGGUNAKAN TEMA YANG SAMA...

WAH, MENARIK KAN, SO, KEPADA GENG-GENG KATAK SEKALIAN, MARI CARI RAKAN-RAKAN KITA YANG LAIN, KITA RAMAIKAN SPESIS KITA, LEPAS TU MENGUANG RAMAI-RAMAI PANGGIL HUJAN.



KEPADA Keropian (kapten keroro punya bangsa) YANG KB KENAL : -

DAN YANG LAIN-LAIN...

MINTA JASA BAIK ANDA SEKALIAN KENALKAN KB DENGAN KEROPIAN YANG LAIN KALAU ANDA KENAL YEK...NAK RAMAIKAN MAJLIS BAGI MERIAH..HEHEH







Thursday, 16 February 2012

Pasang Harapan

ASSALAMUALAIKUM & SALAM SEJAHTERA


Sekarang ni KB sedang pasang harapan yang tinggi sangat untuk memajukan diri setapak lagi kehadapan. Nak bertapak-tapak tu mungkin lambat lagi, tapi orang cakap biasanya menuju selangkah kehadapan. Ini sekarang yang KB cuba lakukan.


Mudah-mudahan apa yang KB harapkan akan berjaya dan dapat mengembangkan career sebagai seorang wartawan di agensi yang lebih besar dan menambah lebih banyak pengalaman.


Proses aplikasi baru selesai, cuma tunggu proses seterusnya, panggilan temuduga. Mudah-mudahan berbekalkan pengalaman selama setahun menjadi wartawan akhbar rasmi negeri, sedikit sebanyak dapat membuka mata mereka di luar sana untuk terima KB berkhidmat di peringkat nasional pula...


Mengharapkan doa dan sokongan dari rakan-rakan bloger yang lain.


p/s: semenjak dua ni rasa macam tiada mood untuk kerja.....

Saturday, 28 January 2012

NAMA-NAMA PELIK DALAM PHONEBOOK ANDA

ASSALAMUALAIKUM & SALAM SEJAHTERA


Pernah tak korang letak dalam phonebook korang dengan nama yang pelik-pelik 

Mesti korang tak kenal dengan tuan empunya nombor berkenaan dan terus meletakkan nama yang pelik-pelik berdasarkan latar belakang cerita yang korang bincangkan dalam seisi berdialog.


Kali ni KB nak share nama-nama pelik yang pernah wujud tidak kira dalam handphone KB sendiri mahupun kawan-kawan korang ataupun korang sendiri ada guna nama yang sama.

Tujuannya nak bezakan nama takut tersilap dial no


1)Tayar Pancit/bocor : Biasanya digunakan oleh mereka-meraka yang menaiki motosikal yang memerlukan bantuan akibat tayar motor pancit atau bocor, sebab lain guna nama tu tak tahu nama toke betuk tayar motor tu.


2)Tunjang/panjang : Gelaran yang diberikan korang pada kawan-kawan yang paling tinggi dalam kelas

3) Bulat : Sebab muka dia bulat ataupun badan dia berisi atau kata nama lain gemok

4) Singa Betina : biasanya ditujukan khas untuk kawan-kawan perempuan korang yang paling garang. Kita cakap sikit mesti dia nak menyinga


5) @$#@^#$* : Biasnya untuk gelaran orang yang korang benci ataupun musuh ketat korang


6) Anaconda : Nama sebenar Farhana, Rozana,Suzana atau yang hujung-hujung ada A.N.A 'ANA',dan lebih mesra panggil Ana, so letak nama Anaconda bagi senang korang nak kenal
Ni saper panggil nama aku ni
Tapi jangan sampai nama awek korang Ana, korang letak anaconda pulak, ada yang makan selipar jepun lak.

6) Katak Bulat : Sebab kawan korang tu kenal korang dengan nama katak bulat dekat FB ataupun Blog. kadang-kadang dah tiga tahun kawan masih tak tahu nama sebenar empunya diri :)



Jadi kalau ada tambahan lain, kongsi la yek, ni sebahagian yang KB perasan

p/s: hope tiada yang terasa yek 



Wednesday, 19 October 2011

Dunia Melayu Dunia Islam


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA
SALAM 1MALAYSIA

Pernah tak korang dengar pasal DMDI ni??!

Apa menatang DMDI ni?

Perlu ke Wujud?
Malas la ambil tahu pasal DMDI ni?

Bukan penting pun??

Mungkin soalan- soalan tadi yang akan berkumandang di benak pemikiran korang, KB  tahu semua tu sebab KB pun macam korang gak, malas ambil tahu pasal perkara-perkara yang macam ni.


Tapi, oleh kerana tugas yang telah diberikan oleh KB oleh editor ditempat kerja KB, kene la gak jalankan tugas dengan dedikasi sehingga cuti dibekukan dan terpaksa bekerja selama 2 minggu bertutut-turut tanpa cuti, dari pagi sampai malam sampai KB demam-demam dibuatnya.


Alkisahnya macam ni, baru-baru ni, KB ditugaskan untuk buat liputan mengenai Konvensyen DMDI ke-12, Kebetulan pada masa yang sama, sambung lak dengan kejohanan karate dunia junior & kadet yang berlangsung di MITC Melaka. So, terpaksalah  dengan rela hati kami pekerja-pekerja yang berdedikasi ni menjalankan tugas masing-masing tanpa cuti untuk minggu itu...kecian


Ok, balik pada cerita yang asal...Apa tu DMDI
Ni KB nak kongsi dengan korang walaupun korang tak nak ambil tahu,

KB terpaksa guna skill 'palagiatrism' yang cukup terkenal di kalangan pelajar universiti khususnya Universiti dot dot dot

Ni sedikit info pasal DMDI 



 Dunia Melayu Dunia Islam (DMDI) ditubuhkna pada tahun 2000 hasil daripada resolusi Konvokesyen Dunia Melayu Dunia Islam pertama dengan Presidennya ialah Datuk Seri Mohd Ali Mohd Rustam. Ia merupakan sebuah Syarikat Kerajaan Melaka yang bertindak mempromosi kesatuan dan perpaduan di antara umat Melayu-Islam di samping menggalakkan kerjasama di antara umat Melayu-Islam dengan bangsa-bangsa lain di dunia.

     
 Penubuhan DMDI adalah cetusan idea YAB Datuk Seri Mohd Ali kerana beliau melihat perlunya diwujudkan satu mekanisme yang berkesan untuk menjana kesungguhan dalam kalangan umat Melayu-Islam seluruh dunia agar cemerlang dalam bidang-bidang uatam sperti Ekonomi, Teknologi Maklumat dan Pendidikan, demi kesejahteraan dan kebebasan umat daripada belenggu kemelaratan.

   DMDI menganjurkan Konvokesyen DMDI setiap tahun dengan tema yang berbeza-beza. Tujuannya untuk menghimpunkan pemimpin-pemimpin dan tokoh-tokoh Melayu dan Islam seluruh dunia bagi membincangkan pelbagai aspek terutama sosio-budaya, pendidikan dan ekonomi di samping dapat mengeratkan jaringan DMDI terutamanya dalam kalangan pemimpin masyarakat.

     DMDI turut bertanggungjawab menyelaraskan program-program pertemuan, seminar, "lokarkarya", bengkel mahupun konvokesyen di lokasi-lokasi berlainan serta memantau program-program pembangunan umat Melayu-Islam seluruh dunia.

     Pada tahun 2000, DMDI diselenggarakan oleh Institut Kajian Sejarah dan Patriotisme Malaysia (IKSEP). Walaubagaimanapun, sejak 1 April 2003, DMDI telah menubuhkan entitinya sendiri dan didaftarkan sebagai Syarikat Kerajaaan Negeri Melaka. Tujuannya supaya DMDI dapat memberi tumpuan yang khusus terhadap kegiatan-kegiatan Dunia Melayu Dunia Islam.

Untuk rujukan yang lebih lanjut, boleh layari laman sesawang DMDI sendiri yek..banyak sangat maklumat yang korang boleh dapat dekat sana, 


KB hanya berkongsi sedikit pasal DMDI ni dengan korang khususnya pada rakyat Melaka yang tak tahu langsung pasal DMDI ni..hehehehe




p/s: pada orang Melaka yang tak tahu pasal DMDI ni, berpura-pura tahu, Kalau tak, malu nanti (^^,)