Pages

Sahabat Katak Bulat Yang Sporting Habis

Showing posts with label Geli-Geli. Show all posts
Showing posts with label Geli-Geli. Show all posts

Wednesday, 6 June 2012

Adakah Anda Berani??!

SALAM SEJAHTERA & SALAM 1MALAYSIA

Melihat dari tajuk entry kali ni macam nak buat segmen baru.
tapi sayangnya, KB tak berkesempatan nak buat segmen sebab tiada masa untuk menjalankan segmen.

Apa-apapun, KB saja nak tayang keberanian di sini dengan berkongsi sesuatu dengan rakan-rakan bloger sekalian.

Dengan ini KB mengistiharkan bahawa KB berani bersua muka dengan musuh ketat kepada bangsa-bangsa KB iaitu ular.

yeah..saje nak berlagak dan tanda KB ni bukan seorang penakut..cewahhh...




perhatikan keberanian KB gigit ular berkenaan sebelum dia gigit KB balik  (^^,)



Amcam, siapa berani cuba










































p/s : pegang ular, tapi tak sempat tanya kat penjaganya, apa jenis ular berkenaan
p/s/s: perasan tak apa jadi dengan mata KB..comel kan







Friday, 27 April 2012

Apa Yang Menarik Dengan Gambar Ini


SALAM SEJAHTERA & SALAM 1MALAYSIA




Apa yang menarik????




Hush, lama sungguh tak update blog ni..sunyi je rasanya kan..entry kali ni taknak cakap banyak, just tak tengok ketajaman mata para bloger sekalian.


Apa yang menarik tentang gambar diatas...bila diteliti betul-betul, ada dua gambar yang boleh mencuit hati pada mereka yang jarang jumpa situasi begi...mari cari..


P/s : KB nampak dua la, tak tahu pula ketajaman mata korang pula macam mana

Saturday, 4 February 2012

Tips Berdepan Dengan Bos Yang Garang

Setiap pekerja mesti ada bos...
Tapi tak semua bos adalah jenis masuk air macam korang...
Korang mempunyai bos yang lebih garang dari singa???!
Menyampah tengok muka bos korang yang tak pernah buat muka kerang busuk??!
Pernah terasa nak gigit telinga dia sebab geram??!
Pernah rasa nak bagi kaki percuma dekat boss korang??!
Tapi, jangan sesekali korang cuba perkara diatas yek.
Nanti kaki korang kemana, kerja korang pon kemana.

Korang makan gaji buta ker.bla bla bla


Tapi, ada cara yang lagi berkesan untuk hadapi bos yang tak reti nak senyum dan muka yang menyinga sepanjang hari.


(1) Setiap kali bos buka mulut nak marah, korang buat muka kesian dengan nak menangis. Bila bos marah jek, korang menangis dengan kuat dan teresak-esak siap tarik hingus dalam-dalam.

(2) Buat tak paham bila bos marah dengan buat muka seposen. lagi teruk bos marah korang, kerutkan lagi muka seposen korang sampai bos korang naik 'fedup' untuk marah korang

(3) Elakkan diri dari berjumpa dengan bos. Agak-agak bos nak berselisih jalan dengan korang, alihkan arah perjalanan korang ke tempat lain yang korang rasa dia takkan pergi contohnya 'jonitor room'. Kalau bos lelaki, korang masuk 'toilet' perempuan. Kalau bos korang perempuan, masuk toilet lelaki. Tapi jangan pula yang lelaki nak ambil kesempatan masuk toilet perempuan yek, makan kasut tumit tinggi pulak nanti.

Lagi satu cara nak mengelak jumpa bos, bila dia panggil untuk mengadap, korang bagi alasan sakit perut atau apa-apa alasan lain munasabah. Tapi pastikan buat pada hari jumaat, sebab biasanya sabtu dan ahad bos akan cuti, so, bila masuk hari isnin, dia dah lupa dan tak jadi nak marah korang lagi

(4)  Belikan makanan kegemaran bos. bila dia nak marah, hulurlah sebungkus, kalau dia nak marah juga, bagi lagi sebungkus. 

kerang rebus cicah sambal kicap bes gak ni..
(5) Senyum macam kerang busuk bila bos marah korang. Bila dia lagi marah, lagi busukkan kerang senyum korang.  Kalau dia mengamuk, korang dah tak payah nak senyum ala kerang busuk lagi, tapi terus gelak sakan sampai boss jadi pelik. Paling teruk pon korang kene label gila, tapi lebih baik dari kene marah kan??

(6) Buat pelbagai aksi yang melucukan ketika bos korang mengamuk sakan. Lagi dasat dia mengamuk, lagi dasatla korang punya aksi lawak sampai bos korang tergelak

(7) Last but not least, Ni merupakan cara terakhir jika kemarahan bos korang tak reda juga walaupun kesemua cara diatas dah dibuat. 
Korang lempang jek bos korang dan cari kerja lain. Pas tu dah tak dapat dah bos yang garang




p/s : siapa berani buat, KB belanja makan :P


Tuesday, 31 January 2012

KENALI KAREKTOR PEREMPUAN MELALUI KETAWA

ASSALAMUALAIKUM 
SALAM SEJAHTERA

Nak dengar lawak tak???! Tadi kan.....

Golongan wanita/perempuan biasanya terkenal dengan seseorang yang mempunyai adap sopan yang boleh dipuji dan serta jenis yang tersipu-sipu malu. Jenis-jenis ni memang selalu kita jumpa masa zaman mak apak kita masa muda-muda dulu atau zaman kita sekolah around tahun 90-an. sekarang pun ada juga, cuma tak ramai.


Sama juga situasi ketika ketawa, golongan ini juga bisanya merupakan golongan yang akan ketawa dengan penuh adab sopan sambil menutup mulut masing-masing (sebahagian). Tapi sebenarnya, itu adalah bidaah (dusta) semata-mata.


Kali ni KB nak share dengan korang jenis-jenis ketawa wanita/perempuan mengikut karektor masing-masing :-
|
|
|
|
|

Perempuan Palsu 
Bila perempuan ini ketawa macam lelaki atau suara jantan yang keluar, ternyata perempuan jenis ini adalah bukan wanita asli, paham-paham je la yek...
auu..i tulen tau...ha ha ha

Perempuan Penyabar
Jenis ni akan ketawa selepas orang lain abis ketawa untuk membuktikan kesabarannya dalam kehidupan termasuk ketawa

Perempuan Adil
Bukan sahaja mentertawakan orang, malah dia turut mentertawakan diri sendiri, jadi bersikap adil pada semua

Perempuan Berani
Meniru gaya pontianak ketawa ketika berhadapan dengan pontianak yang 'real'

Konfiden-konfiden
Perempuan Berkeyakinan Tinggi
Akan mentertawakan bos atau pegawai atasannya dengan penuh bergaya 

Perempuan Matetialistik
Ketawa terbahak-bahak tanpa segan silu sambil selang seli dengan permintaan barangan berharga
Atau ketawa macam ali baba(lakonan azis satar) dalam citer Ali Baba Bujang Lapok.




p/s : Untuk suka-suka, jangan ada yang terasa
p/s/s: KB main bantai jek ni...hehehe








Thursday, 26 January 2012

FAKTA YANG AUTA

ASSALAMUALAIKUN & SALAM SEJAHTERA



Hai korang, lama sungguh KB tak update entry dalam blog 'Dunia Si Katak Bulat' yang tak seberapa ni.


Apa pun, KB nak ucapkan terima kasih kepada 
Cik Ma & Aida Omar kerana mereka antara bloger yang setia menanti entry baru dari KB. 


Yang lain-lain jangan kecik hati pula sebab tak sebut nama, apapun...korang tetap best..


Oklah, hari ni nak buang tebiat sikit dengan korang, KB nak kongsi maklumat yang tak berguna langsung tapi mungkin boleh buat korang hilang masalah dalaman korang...hehehe


  • Kalau korang boleh buat lembu ketawa berdekah-dekah, berkemungkinan susunya boleh terkeluar dari hidung

  • Kajian mendapati kucing yang mati digilis kenderaan dipercayai telah mengalami lapan kali kecelakaan jalan raya yang meragut nyawanya sebelum ini.

  • Para psychologi sebulat suara mengesahkan sebab yang menyebabkan kambing takut hujan kerana menyangka diri mereka adalah api

  • Hasil kajian saintis menunjukan lelaki yang mempunyai nama BOB adalah cenderung obesiti

  • 30 peratus wanita yang memakai lipstik ketika kenderaan sedang bergerak secara tidak sengaja tertelan batang liptik yang digunakan


P/s: Segala yang disebut diatas adalah fakta yang auta semata-mata...jangan percaya udah la yek



Thursday, 15 December 2011

Ultraman Lupa Jurus

ASSALAMUALAIKUM & SALAM SEJAHTERA




Kaum kerabat ultraman 

Ultraman merupakan super hero yang menjadi kegilaan kanak-kanak termasuk la KB sendiri waktu alam kanak-kanak ribena dulu.


Sampai ada satu tahap tu KB boleh hafal dan kenal setiap nama dan rupa Ultraman yang wujud pada masa tu, ultramen Father, mother, sister,brother, king, tiga, dyna, max dan macam-macam nama lagi la.

Nama-nama diatas merupakan antara yang KB ingat  dan kadang-kadang tengok juga cerita gergasi perak merah ni.

Rasa kagum dengan kehebatan mereka berlawan rasaksa yang kadang-kadang buat kanak-kanak terikut-ikut di rumah.

Tapi, pernah tak korang terbayang apabila ultraman yang korang agung-agungkan tu boleh lupa skill yang dia ada, tak kisah lah nak keluarkan 'fire' dari jurus tangan silang die tu ataupun power2 tambahan lain yang dia ada.

Tengah tengok-tengok FB tadi, KB terjumpa la satu adegan ultraman yang mebuatkan KB gelak sampai nak pecah perut.

So, enjoy......

ultraman pun pandai buat lawak 



p/s: hidup penuh busy dengan menjalankan tugasan sebagai seorang reporter