Pages

Sahabat Katak Bulat Yang Sporting Habis

Wednesday 5 October 2011

Akhirnya..Berjaya Kutemu Setelah Lama Berpisah

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA
SALAM 1MALAYSIA

Bila baca tajuk entry, nampak macam jiwang kan, mesti korang pikir KB ni mamat bunga la bagai...
Tapi tu dulu, zaman-zaman belum akil baligh lagi, memang jiwang tahap gaban r..heheheh
Ok, balik pada cerita yang asal, apa yang yang KB dah jumpa ek...apasal lah KB ni suka sangat pusing-pusing ayat, direct to the point kan senang, ye tak

Macam ni, sebelum ni, KB dengan sahabat ada ada bercerita pasal kisah masa kanak-kanak rebina dulu, layan karton apa, apa watak yang kitaorang minat dan lain-lain lagi...

Jangan Terperanjat kalo KB cakap yang KB pun peminat cerita yang menggunakan tagline ni
"DENGAN KUASA BULAN, AKAN MENGHUKUMMU"

'dengan kuasa bulan, akan menghukummu'...terus orang jahat kalah....

hehehe.....seriously, KB memang layan cerita tu masa kecik-kecik dulu...hingus pon masih meleleh lagi, dah masuk mulut, jilat....masin kot...heheheh.....kenangan-kenangan..


Hush, pesong lagi dah...ni KB nak cerita pasal satu karton 'mat saleh' yang fames zaman-zaman 90'an dulu kat Malaysia, rasanya ramai yang dah lupa tajuk cerita tu sebab KB dan sahabat KB yang sorang tu pon kebetulan pernah tengok cerita tu, tinggal lupa apa namanya, so...tadi blogwalking, terjumpalah pasal tajuk citer tu....
Tajuknye ialah.......

THUNDERBIRD

'Thunderbird'...salah satu kartun yang pernah menjadi  kegilaan ramai kanak-kanak termasuk KB

salah sebuah kenderaan yang digunakan dalam cerita karton ni: 'Thunderbird 2'
Ni pula semua kenderaan yang digunakan dalam cerita tersebut

Di sini KB cerita sikit sinopsis cerita karton yang berkonsepkan masa depan ni yang KB petik dari  laman web yang berkenaan:

SINOPSIS:-
Pada masa hadapan....Seorang jutawan yang juga bekas angkasawan, Jeff Tracy dan anak-anak lelakinyam Scott, Virgil, John, Gordon dan Alan telah bekerjasama dengan seorang engineer yang genius dan saintifi (betol ke penggunaan ayat ni) yang bernama 'Brian' telah menubuhkan satu organisasi rahsia yang dikenali sebagai 'International Rescue' yang berpusat di sebuah pusat operasi rahsia di Pulau Tracy.

Tugas diaorang ni adalah menyelamatkan spesis manusia daripada sebarang perkara kecemasan seperti bencana alam dan lain-lain lagi, yang penting kecemasan, kalau setakat nak suruh beli belacan kat kedai, diaorang tak layan tau...

Kenderaan diaorang ni special sikit, ada 5 kenderaan utama yang diberi nama Thunderbird 1-5 (seperti gambar diatas) yang boleh digunakan dimana-mana bentuk muka bumi untuk operasi menyelamat...

Jadi, macam tu la serba sedikit kisah cerita 'patung' yang jadi hero dan penyelamat kepada manusia di bumi...

Harap sahabat KB yang tertanya-tanya tajuk cerita ni, puas hati dengan entry yang KB buat ni dan membantu dia untuk kembalikan ingatan yang dah expired tu...heheheh, jangan marah ek pada yang berkenaan....

p/s : Entry seterusnya KB nak buat entry pasal 'savior' dan 'hero', sebab ada kaitan gak dengan cerita kartun ni..heheheh, layankan jela ......






4 comments:

Aien Not Alien said...

"Jadi, macam tu la serba sedikit kisah cerita 'patung' yang jadi hero dan penyelamat kepada manusia di bumi..."


hahahaha...hero & savior!!!!


alamak aiiii...terus segar otak ni dengan penemuan THUNDERBIRD...thankz KB...

sangat suka ok!!! hehehehe...

Katak Bulat said...

wah..suka ek..xpayah r nak pening kepala berfikir nama patung bergerak ni kan....hehehe

p/s: sape hero dan savior di hati anda

Anonymous said...

tak ingat lahh,masih kecik lagi kot, jap jap nak refresh

Katak Bulat said...

Miratun: mungkin kamu x dapat tengok citer ni dulu...kalo zaman tu KB masih umur 4-5 tahun, miratun baru 1-2 tahun..tgk tv pon x pandai lagi rasanya...hehehe...xper2, take ur tym to refresh mana thu pernah tgk kan....