Sahabat Katak Bulat Yang Sporting Habis

Friday, 28 October 2011

Game : Jawab, Tanya dan Tag

Assalamualaikum & Salam Sejahtera.
Salam 1Malaysia

Kadang-kadang berpikir ala-ala steve dalam Blues Clues

Kali ini KB dapat jemputan daripada sahabat KB yang merangkap orang pertama yang menjadi follower Blog SI KATAK BULAT dan juga pereka blog yang comel ni : Aien Not Alien

Empunya diri meminta KB untuk menjawab soalan-soalan yang diberikan dengan penuh berdidikasi dan semangat kesukanan dan KB Jawab soalan yang diberikan berikutan KB dah menjadi mangsa dia..hehehe

Ni soalan-soalan yang diberikan oleh empunya diri yang bertanya

SOALAN :

1. Warna kegemaran anda? Kenapa pilih warna tu?
-Dari apa yang korang nampak dalam blog KB yang comel ni, sudah semestinya KB meminati warna hijau yang menjadi warna kesukaan KB untuk sekian lama.
Kenapa??!
-Sebabnya adalah hijau itu menawan dimata KB, comel tu, hijau sebab hijau boleh menenangkan dan menyejukkan pemandangan mata kita.

-Kalau korang pernah berkawad dan berdiri dalam perbarisan untuk jangka satu masa yang lama, ketua platun atau jurulatih korang pasti akan mengingatkan korang supaya jangan pandah kebawah tetapi pandanglah kehadapan dan pandang benda bewarna hijau seperti pokok-pokok ciptaan tuhan selain menggerakkan jari kaki dalam kasut yang membusukkan kaki anda.hehehe
Insyaallah korang tak akan pengsan ketika dalam barisan.

2. Kata peribahasa yang paling anda suka? Kenapa suka?
-'Mati Katak' sebab terselit nama KB dalam peribahasa tu. hahaha, mengarut jek mamat ni.

Kadang-kadang kawan-kawan selalu kenakan KB bila bergurau dengan mereka semua, bila diaorang agak-agak sakit hati jek dengan KB, mesti diaorang akan sebut perkataan ini

"Ada yang 'mati katak' sebab kene pukul dengan aku ni kang"
Bangga gak sebab orang selalu sebut nama KB.hehehe

3. Pernah buang sampah merata-rata? Jika ya, apa perasaan anda?
-Bohong la kalau KB tak pernah buat perkara yang tidak bermoral ni, rasa-rasanya semua orang yang kekurangan kasih sayang dan sivik akan melakukan perkara ni
-Apa yang dapat KB rasakan bila buang sampah merata-rata adalah tiada perasaan langsung...zalim tak. Yela, bila dah buang sampah dengan slumber jek, mana la ingat apa-apa, sah lah tiada apa-apa perasaan yang timbul. Takkan nak cakap yang KB bangga lak bila berjaya melakukan perkara takde sivil tu kan....Ada sikit kot.Hehehehe


4. Lagu kadang-kadang mewakili isi hati kita. Apakah lagu yang anda rasa mewakili isi hati anda?
-Derita Merindu -Ahli Fiqir
Mengapa KB cakap lagu ni, panjang ceritanya, tak payah la cerita kan cerita lama dan KB tak nak komen panjang pasal perkara tu, kalau korang pernah dengar lagu ni, liriknya simple tapi penuh dengan seribu maknya contonya rangkap pertama lagu ni:-

Kau katakan cinta gunakan akal
Bila aku gunakan, kau yang menyangkal
Bagaimana nak kekal
Kau katakan cinta gunakan minda
Bila aku gunakan, kau yang tak percaya
Bagaimana nak bahagia

Satu lagi lagu yang ada mewakili perasaan dan isi hati KB adalah Alasanmu - Exist. Penuh dengan makna yang tersendiri dan banyak lagi lagu-lagu yang pernah mewakili hati ni.

5. Siapakah jiran sebelah rumah anda? Ceritakan serba sedikit.
-Jiran sebelah rumah ek??? nak cerita panjang pun KB jenis tak campur dengan orang kampung sangat.
-So apa yang KB boleh kongsi dekat sini, Jiran sebelah rumah KB adalah Nenek KB sendiri, Tapi dia dah meninggal 5 tahun lepas, masih lagi jiran kan..hehehe

-Nama dia Kamisah Kasan, masa kecik-kecik dulu, kalau balik lambat, mak KB akan kunci rumah tak bagi masuk. So nenek lah yang banyak tolong nak-nak waktu magrib dia yang ajak masuk rumah sebab die cakap magrib-magrib setan banyak. oleh sebab KB baik dan mendengar kata, tu yang tak jadi setan sangat sebab ikut nasihat nenek.

6. Anda suka pergi kenduri-kendara tak? Kenapa?
- Tak suka sebab orang ramai sangat yang datang, KB tak berapa suka tempat yang sesak sebab boleh mencacatkan pernafasan sendiri di dalam kawasan sesak.
-Tapi selalu gak pergi kenduri orang sebabnya, kalo orang jemput, kita wajib datang, ye tak.
Lagi satu kalau kita tak datang kenduri orang, esok-esok, kita buat kenduri, orang lak tak nak datang kenduri kita. Dah membazir makanan.

7. Anda suka makan petai tak? Kenapa?-Tak sebabnya mulut akan berbau busuk bila makan petai...
sebenarnya KB tak reti makan ulam-ulam ni walaupun dah kene nasihat dengan mak sendiri untuk makan ulam demi kesihatan diri.
Dulik apa, kalau dah tak suka, sumbat pon boleh keluar balik kan...


8. Kalau terjatuh depan orang ramai, apakah tindakan anda selanjutnya?
-Buat tak tahu jek, tapi kalau ada orang pandang semacam jek atau ada awek-awek yang ternampak, KB akan salahkan member yang jalan sekali dengan KB dengan alasan dia tolak KB sampai jatuh..hahaha, zalim kan


9. Kalau dah beli-beli barang, tiba masa nak buat pembayaran, duit tak cukup. Apa tindakan anda?

-erkkk, yang ni pernah gak terjadi dulu, KB dengan slumber akan cakap, guna kad kredit boleh walhal xder kad kredit pon, saja wat gempak walhal KB tahu yang kedai runcit mana la terima kad kredit ye tak....


10. Apa pendapat anda dengan blog ini? :D
Blong Aien Not Alien ni merupakan satu blog yang menjadi sumber inspirasi KB untuk aktif kembali. Terima kasih kepada tuan punya blog kerana bila melawat blog dia ni, KB dah mula jatuh cinta pada dunia Blog.....

Ok. Sudah menjawab. Sekarang nak bagi soalan pula. Lepas tu tag beberapa rakan blogger. Macam ini lah caranya Game : Tag, Tanya dan Jawab. 

1. Apa pendapat korang tentang Katak? tapi bukan Katak Bulat Yek.

2. Suka stalker orang tak??! Kenapa

3. Korang shampoo rambut dalam seminggu berapa kali?

4. Binatang apa yang paling korang geli?

5. Siapa Hero/Heroin Melayu yang korang minat? Kenapa minat dia?

6. Pengalaman zaman kanak-kanak korang yang paling indah?

7. Berapa ramai awek/pakwe yang dah pernah singgah dekat hati korang

8. Bila dah kawin, teringin tak nak dapat anak seramai satu team bola sepak? Kenapa

9. Planet paling korang nak pergi? Kenapa?

10. Apa pendapat korang tentang KB? Jawab sesengal yang mungkin. hehehe


Ni Nama Mangsa-mangsa KB Untuk Jawab Soalan KB :
- Kepada semua yang nak cuba jawab.

Nak tag ramai lagi tapi follower belum ramai, so inilah nama-nama yang dah menjadi mangsa kerakusan KB. 

8 comments:

si robot comel said...

Ya Allah kena tag, aduyaiiiiii. hahah.baru lepas buat ni haa

Amir Baker said...

dah buat de.

Katak Bulat said...

Madi: hahha..payah kan, ramai gak tag KB...yg dapat wat baru satu ni hah..hehehe

Amir: tq bro coz support

Aien Not Alien said...

soalan direka untuk mengenali blogger dengan lebih mesra...heeee


terima kasih sudi jawab~

Katak Bulat said...

Hehehe..sama2 cik A.N.A
orang jawab pendek, KB jawab macam wat karangan lak..hehehe

aJieM_iyMa said...

kuat bebel jugak KB ni...
yayyy! ade geng! HAHAHAHA... ;D

Kancil 8349 said...

samalah kancil menjawab soalan ANA nie..kalau sudi jomlah singgah ke blog Kancil

http://kancil8349.blogspot.com/2011/10/kancil-kena-tag-oleh-blogger-aien-not.html

Katak Bulat said...

iyma: well, kalo sehari x membebel, rasa cam nak mati tau..hehehe

Kancil: thanks coz visiting my blog..