Pages

Sahabat Katak Bulat Yang Sporting Habis

Friday 11 November 2011

11.11.11 - Seribu Makna

Assalamualaikum & Salam Sejahtera
Salam 1Malaysia

Hari ini adalah 11.11.11 bersamaan, hari Jumaat. Ramai antara mereka yang memilih hari ini untuk melakukan sesuatu yang boleh menggamit kenangan yang tak akan dilupakan sepanjang hayat agar mudah diingati oleh mereka.

Hari ini juga beri seribu pengalaman yang menarik pada KB apabila bertugas sebagai wartawan Diraja. Kenapa begitu, sebab hari ini KB buat liputan dengan Yang Dipertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin.

Mungkin ada antara korang yang akan bercakap, apa la sangat dapat jumpa Agong tu, bukan dia boleh bagi duit atau apa-apa kebaikan pada kau pun. Tapi pada KB ia merupakan satu pengalaman yang baik. 

Kenapa dan mengapa, ni KB nak kongsi dengan korang semua:

1) Tidak Semua orang boleh bersemuka secara terus dengan Agong

2) Protokol kene jaga, Dua funtion yang berbeza, pakaian pun kene berbeza, silap hari bulan, Kene halau dengan pegawai protokol sebab etika berpakaian salah

3) Masa ni la KB dapat pakai segak siap dengan blazer dan bertali leher ala-ala CEO sebuah syarikat ataupun sebagai seorang pemimpin yang berpengaruh

4) Penulisan berita pula perlu lain daripada biasa, kene ada style yang tersendiri, tak boleh main bantai jek, silap hari bulan, kita kene bantai balik dek pegawai protokol

5) Satu pengalaman yang tidak mungkin ditimba oleh orang-orang biasa.

6) Pengalaman ditolak dan ditarik dengan kasar oleh Bonzer2 bodyguards Tuanku Mizan, wajib la sebab biasanya wartawan dan Jurukamera seperti KB ni memang degil sikit, Bukan KB sorang, tapi semua wartawan dan Reporter mempunyai ciri-ciri yang sama semata-mata memenuhi kualiti kerja, untuk dapatkan satu sudut yang baik.

Itulah antara sebab-sebab KB katakan yang ia memberi seribu pengalaman yang menarik walaupun KB hanya senaraikan 6 daripanya.

Yang tak boleh bla, tengah-tengah panas kene pakai blazer semata-mata nak jaga protokol. Kerja punya pasal, KB redah juga.

Mula-mula memang agak takut untuk laksanakan tugasan ni, tapi demi pengalaman yang mungkin takkan KB dapat pada masa akan datang, KB teruskan juga tugas KB dengan hati yang terbuka.

Dua Funtion yang KB pergi melibatkan Tuanku Mizan, satu perasmian Masjid Sayyidina Abu Bakar, UTeM dan satu lagi perasmian Hotel Pantai Puteri atau dulu dikenali sebagai Tanjung Keling


DAULAT TUANKU, 

p/s: Korang jangan Jeles ek sebab KB dapat jumpa Agong.

Kat sini, KB turut selitkan hasil kerja yang KB buat hari ini bersama Agong:-

Tuanku Mizan Berkenan Rasmi Masjid Saiyyidina Abu Bakar, UTEM


Oleh: HAFIZHAN RAHMAT


DURIAN TUNGGAL, 11 Nov - Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin hari ini berkenan merasmikan masjid baru, Masjid Saidina Abu Bakar Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) di sini. 

  Dalam majlis berkenaan, Tuanku Mizan diiringi Yang Dipertua Negeri, Tun Mohd Khalil Yaakub merangkap Canselor UTeM; Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam;  Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Wira Abu Seman Yusof dan Naib Canselor UTeM,Prof Datuk Dr Ahmad Yusoff Hassan.

    Baginda kemudiannya berkenan menunaikan solat Jumaat bersama pemimpin negeri dan rakyat jelata di masjid tersebut.

       Sementara itu, Mohd Ali dalam ucapanya berkata, masjid merupakan
sebuah institusi masyarakat yang penting dalam memajukan umat Islam melibatkan pelbagai aspek kehidupan.

      "Kewujudan masjid dalam pusat pengajian tinggi adalah satu simbol 
perencanaan strategik yang mengambil kira sejarah kehebatan peradaban Islam terdahulu," katanya.

Mohd Ali berkata demikian ketika berucap sempena majlis perasmian Masjid Sayyidina Abu Bakar, UTeM di sini, hari ini yang turut dihadiri Turut hadir Speaker Dewan Undangan Negeri Melaka Datuk Wira Othman Muhamad dan Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka Datuk Wira Omar Kaseh; serta Exco-exco kerajaan negeri, dan kira-kira 5,000 rakyat Melaka.

    Jelas Mohd Ali, melalui pembangunan masjid ini pelbagai aktiviti dapat dijalankan terutamanya dalam pembangunan sahsiah pelajar demi mengimbangi kestabilan rohani, emosi dan jasmani.

     
    Pembinaan Masjid Sayyidina Abu Bakar bermula pada 1 Mei 2007 dan melibatkan kos RM15.3 Juta dengan keluasan tanah 4 hektar yang boleh memuatkan seramai 4,000 jemaah dalam satu masa.





Tuanku Mizan ketika menurunkan tanda tangan sebagai simbolik perasmian

Tuanku Mizan dan jemaah yang hadir ketika menunaikan solat Jumaat di Masjid Sayyidina Abu Bakar, UTeM

Tuanku Mizan dan tetamu kehormat yang hadir pada majlis perasmian berkenaan
Gambar yang ni lak bukan nak tunjuk macho yek, tapi nak buktikan yang KB berada di tempat berkenaan.hehehe





5 comments:

Aien Not Alien said...

tahniah dapat cover cerita pasal YDPA....^_^"


gambar bukti tu tak menahan...hihi... sempat menyelit....

Aien Not Alien said...
This comment has been removed by the author.
Katak Bulat said...

hehe...thanks yek cik aien...pengalaman tu..

saje nak buktikan, takut nanti kate amek gmbar dari google jek..tu yg x best..heheheh..bukti pembelian

Anonymous said...

0whh wartawan kew??
jelez CK...hehehe salam kenal ^^,

Katak Bulat said...

Cik Kartun: hehe...wartawan kecik jek..bukan arus perdana..

salam perkenalan yek cik kartun