Pages

Sahabat Katak Bulat Yang Sporting Habis

Wednesday 9 November 2011

Malang Tak Berbau

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA
SALAM 1MALAYSIA


SIAPA BOLEH HIDU BAU MALANG, KB BAGI RM50
Malang bukan seperti kentut yang berbau harum apabila dilepaskan orang pemangsa-pemangsa yang baik hati sedekah baunya yang semerbak.

Malang juga tak akan sama baunya seperti korang pakai perfume Hugo Boss dan sebagainya dan kita tak akan sedar bila dia akan datang dalam hidup kita.

Malang itu umpama tetamu yang hadir dalam hidup kita tanpa diundang.
Kalaulah malang itu merupakan awek-awek comel atau balak-balak hensem yang sanggup berkongsi kebahagian dengan korang, alangkah indahnya dunia kan?

Itulah perkara yang KB nak cakap kali ni, malang tak berbau

Kenapa tak berbau???

Sebabnya memang takde bau pun bila dia nak menimpa kita, datang dengan tiba-tiba tanpa diduga.

Begitulah yang terjadi dengan KB malam tadi
Alkisah terjadi apabila diri ini bersama seorang lagi sahabat baru selesai bermain futsa bersama budak-budak wartawan yang lain dan beberapa pemain import, cuaca malam tu lak hujan dengan renyai-renyai.

Dipendekkan cerita, ketika pulang malam tadi (9 Nov, lebih kurang 1.30am) dua sahabat ni ingin menghilangkan singgah di kedai untuk menghilangkan haus di tekak masing-masing selepas penat bermain futsal (even tak hebat mana, tapi layak untuk dipanggil bersenam mengempiskan perut).

Dua sahabat yang menaiki kereta proton wira aeroback kepunyaan bapa KB yang dipandu oleh KB sendiri berhenti di simpang empat berhampiran Japerun Bachang (komplek penghulu bagi negeri Johor) negeri lain tak pasti pula...

Entah macam mana sepatutnya KB jalan terus tetiba tukar haluan ke arah kiri jalan atas alasan nak singgah di kedai makan di tepi simpang jalan tadi, dah nampak sebuah kereta meluncur tak berapa laju dari arah belakang yang disangkakan ingin selekoh ke kiri jalan rupanya-rupanya mengambil jalan terus.

Jadi, terjadilah satu malapetaka yang KB katakan malang tak berbau tadi, jadi dihentamlah kereta kesayangan milik ayah KB, dan sudah semestinya KB yang salah kerana menukar arah dengan tiba-tiba.

Pendekkan cerita lagi, slow talk dengan owner kereta tu yang turut dihadiri oleh ahli keluarganya untuk 'setel tepi'. Aksi berbincang pun bermula dan akhirnya memang berpihak pada owner kereta perodua myvi berkenaan. 

Rasanya takde la teruk sangat kereta tu, kalau kira-kira pon around RM500 jek kos baiki kenderaan berkenaan, hantar bengkel pilihan owner berkenaan, toke bengkel bantai RM913. Agak mahal dan tak berbaloi dengan kerosakan yang diterima, jadi atas bantuan makcik KB punya adik Ipar, kitaorang berjaya memujuk owner kereta ikut harga yang kitaorang estimated atas kerosakan yang diterima bernilai RM750. kurang RM150 dari harga asal yang ditawarkan oleh bengkel kereta berkenaan dan KB bayar Cash dekat owner kereta tu.

So setel satu bahagian. Satu lagi bahagian, macam mana KB nak betulkan kereta ayah KB yang perlu ditukar pintu depan sebelah kiri dan tulang rangka kereta yang agak remuk dan perlu diketuk kerana pintunya gagal untuk dibuka. 

Kos masih dalam tanda tanya dan masih mencari kedai yang sesuai untuk dibetulkan dengan harga yang murah dan berpatutan. Mudah-mudahan cepat la dibetulkan sebab taknak tengok ayah KB macam singa jantan yang kelaparan mencari mangsa untuk diterkam.

Nak tak nak, semua kos yang terlibat KB jangkankan bernilai RM2000 kebawah termasuk kereta myvi yang KB bayar, Abis duit simpanan nak kahwin KB dengan wanita pilihan yang masih belum ditemui sampai sekarang. Nasib baik ada simpanan, kalau tak jual body la gamaknya semata-mata nak dapatkan duit tanggung kos kerosakan.

Apa-apapun, KB berterima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung ataupun tidak atas nasihat dan sokongan anda terhadap KB. Hope perkara ini akan dapat diselesaikan especialy kereta ayah KB.

p/s: masuk ni kali ke-2 KB kemalangan menggunakan kereta yang sama

p/s/s: nampak gaya diharamkan lagi la untuk memandu kereta berkenaan sendirian

p/s/s/s : Sebenarnya duit kawin yang KB kumpul nak buat muka beli kereta sendiri, target sebelum bulan ogos 2011, tapi nampak gaya, atas malang yang tak berbau ni, terpaksala tangguh niat suci untuk memperisterikan kereta sendiri tahun depan.... 

p/s/s/s/s: Sory tiada gambar yang boleh KB jadikan bahan bukti kerana kejadian berlaku dengan pantas. Tak sempat nak posing dengan kereta yang jahanam tu.hehehe

p/s/s/s/s/s: barapa banyak la kau nak p/s ni wahai KB....


6 comments:

Aien Not Alien said...

sabar banyak2 pijan...duit boleh dicari....


yang penting nyawa tu tiada galang gantinya...


mengamuk la puan maharani ye..hihi..

Katak Bulat said...

thanks aien..pijan dah bnyk bersabar da ni.lepas satu, satu ujian melanda...nasib baik ada yang membantu..

si robot comel said...

teringat filem sekali lagi,si mia sara cakap malang tidak berbau.hehe

tapi takpe atleast tade kecederaan pada diri.

Katak Bulat said...

itu la...diri ini selamat dan masih disayangi tuhan..cuma duit yg terbang...ada x sparepart badan robot yg boleh dijual...tolong2 r member.hehe

tirahzairi said...

pjg nyeee entry...hihi...

Katak Bulat said...

hehehe...bila dah menaip, memang susah nak berenti...macam ni la jadinya..thanks coz sudi singgah n baca yek cik teh merah